Skip to main content

3 perempuan.

*Warning: entry ini adalah panjang. sila kelik X sebelum anda menyesal*


My plan rosak teruk harini. Mueheheheh. Busted before berangkat pegi alamanda. Terpaksa dengar mama marahmarah like 30 minutes. Berdengung telinga ai uh. Then dengar ceramah keselamatan dari babah dan akhirnya, dapat jugak keluar. Berbaloi lah kot kena marah awal awal so boleh gedik gedik mintak duit lebih kat babah. Woha.
Rabbit 2

At first babah suh naik cab je pegi sana or else babah call ateh. Tapi naik cab mahal woo. RM18. Kalau naik bas RM2.50 je. Berkali kali ganda tu beza. So in the end, saya ingkar lagi. Naik bas jugak. Sayang duit. RM18 da dapat pizza paling kecik seketul. Sangatlah NO. Babah ngan mama sepakat suh saya message bila kuar rumah, bila da sampai sana, bila da on the way balik and bila da selamat sampai rumah. I could sense babah macam da tak pecaya saya lagi. Isskkk. Tulah, padan muka sape suh berahsia rahsia bagai. PADAN MUKA diri sendiri.

Kat sana first tempat saya pegi, wajiblah Carrefour. Benda paling penting harus dibeli paling awal. Kalau terlupa tak ke namanya sia sia outing saya yang penuh onak dan cabaran harini. Then after da beli semua barang, saya pon menapaklah pegi kedai makanan pulak. Time to gain weight. Muehehehe. After order, tetiba jadi blur kejap then main tenung tenung ngan kerusi kosong kat depan saya tu. Usha punya usha, sedarlah saya bahawa sayalah satu satunya insan yang makan kat kedai tu secara solo. Wahahaha. Patut ar waiter ngan waitress tu senyum senyum je. Agaknya dorang simpati kot. Try menabahkan diri sambil belek belek novel. As soon as makanan sampai, selera saya terbantut. Waktu tuh rasa awkward yang amat. Rasa cam insan terbuang. Ececeh. Sempat beremosi skejap then saya cakap kat waiter nak tapau makanan. 

Waiter: Kenapa dik, date tak jadi datang eh?
Saya: ..(terkesima kejap) haah.

Date tak jadi datang?? Apekah??  Adakah saya telah mengorder makanan secara berlebihan so that dia boleh terfikir makanan tu ntuk dimakan oleh dua orang atau adakah rupa saya waktu tu macam rupa orang kecewa date dibatal? (ada ke date batal?) Tapi disebabkan malas nak jawab lebih lebih, so saya pon mengiyakan jelah.

After makan terus jalan pegi bus stop dengan hati yang suam suam kuku. Still terbayang muka waiter tu. Geram lah rasa cam nak lempang. Mueheheh. Muka sinis tuuuu. Eeeee, ai toreh muka you pastu perah limau nipis baru tau. 
Rabbit 2

Kat bus stop adalah peak of the story. Saya tekejut ngan aksi 3 orang budak perempuan ni. Boleh tak bebudak PEREMPUAN umur lebih kurang 13, 14 tahun kacau kacau manja encik LELAKI umur lebih kurang 19, 20 tahun? Daring sungguh bebudak tu. Inilah dia dunia akhir zaman. Semua da terbalik. Kalau dulu dulu lelaki yang weewiit pompuan tapi sekarang, sebaliknya. Yang saya heran, bukan setakat weewiit, tapi dorang berani tolak tolak pastu gesel gesel  plak kat si lelaki tu. Aissh. Budak budak zaman sekarang. 

Yang si lelaki ni plak diam je. Muka straight. Takde perasaan. Tapi after budak pompuan tu sort of tepuk bontot dia, tau pon kau nak freak out. Haha. Tersengih saya yang berdiri macam tugu negara kat tempat kejadian. Pastu sebagai langkah berjaga jaga, beliau tak duduk kat tempat tu lagi dah, terus bantai berdiri. Yang si budak budak ni plak memang nakal tak hengat, ikut berdiri kat belakang kitorang. 

Budak nakal 1: Abang, abang kenal ke budak perempuan ni? *sambil jari hantu dia tu tunjuk tepat kat muka saya*
Lelaki: (takde respon. kayu)
Budak nakal 2: Apa punya bodoh la soalan kau. Tengok ni, minah ni pakai baju pink. Dia pakai baju hitam. Surela kenal *siyes aku tak faham budak budak zaman sekarang*
Budak nakal 3: Weh weh, minah ni jeling jeling ar. Nama kau bukan minah ek? Nama kau timah ke?
*memang nak kena lempang*

Bila bas sampai je si lelaki ni tanpa buang masa capai beg plastik saya pastu menonong masuk dalam bas. And I was like, weh tu plastik aku tu weh! Jangan curi! So dengan semangat waja pegi naik bas sama just to save all the snacks and milk kesayangan dalam tu. Tanya punya tanya kat pakcik india yang tak faham melayu  then I knew I was in the right bus. Kalau tak, tak balik rumah lah jawabnya.

saya: err, barang saya?
lelaki: *tapping the seat*
saya: takpe saya duk belakang

Tapi dia buat buat tak faham. Di tepuk tepuk seat tu sampailah bebudak bertiga tadi naik bas. Then I realize da takde tempat duduk lain sebab budak bertiga tu da duduk kat 2 seats belakang and 1 seat depan. Waktu kat dalam bas tu, macam macam soalan menyakitkan hati budak budak ni tanya kat lelaki tapi dia diam je. Face expression pon maintain straight. Macam takde perasaan. Yang si budak budak ni plak tak reti putus asa. Bila lelaki tak jawab, dorang tanya tanya saya plak. 

budak nakal: wey, ko skolah kat mane? 
saya: cyber
budak nakal: skolah pe?? *Sambil korek hidung. Melopong saya dengan aksi beliau*
saya: cucms
budak nakal: pelik arh nama skolah ko! Skolah tamil ke? *gelak sampai gegargegar bas*
saya: taklah. skolah mayat *lagi dorang gelak. aku lempang sorang sorang baru tau*
budak nakal: ko kawan ngan mayat la ek? patut ar orang sbelah ko ni macam mayat je. Aku tanya soalan senyap takde bunyi.

Lelaki tu dah sentap bila kena panggil mayat. Sekali dia hentak kaki dia kat lantai bas kau, terdiam bebudak tuh. haha. tau pon takut. padan muka

budak nakal: perangai memang mayat! Hentak hentak kaki macam baby!
budak nakal lain: eh diam lah. karang dia hentak kaki lagi terbalik bas ni. 

Saya yang dengar ni pon berasap ok. Mana datang ntah bebudak ni semua. Perangai macam bukan orang Malaysia. Ini kalau mak bapak dorang tengok ni, menangis agaknya. Ntah hape hape je. Then after 3 budak hitam tu turun, barulah saya nampak lelaki kesat kesat peluh. Then tetibe je sebut f***, f***, f***. Ai, takkan bebudak tu dah takde baru berani mencarut kot? Muehehehe. Oh afi. Sila bersangka baik. Rupa rupanya beliau mencarut carut bagai tu sebab hidung beliau berdarah. Lencun tangan seyh. Nasib baik plastik saya yang dia pegang tu tak tekena darah skali kalau tak, seram ai minum susu tuh.

saya: janganlah tunduk. Nanti lagi banyak darah keluar

Tapi lelaki ni buat bodoh je. Bila tengok reaksi dia saya pon buat bodoh jugak tapi bila nampak darah da menitik nitik kat lantai bas saya pon cuak sama. Waktu tuh tetibe terfikir, agaknya dia ni tak faham bahasa melayu tak?

saya: tilt your head. 

Lelaki tu pon dongak. BINGO. pendatang asing rupanya. Bila saya tengok muka dia betul betul barulah saya perasan mata dia kaler green. Hijau tu! Then barulah saya faham kenapa beliau diam je waktu bebudak tu kacau kacau beliau tadi. Tak faham BAHASA rupanya. Muehehehe. 

Ok lelaki is just side character tapi main characters adalah 3 budak hitam ni. Siyes saya tak faham kenapa dorang turn out to be like that. Samseng mengalahkan lelaki dan yang paling saya tak faham si budak yang korek hidung tu. Oi oi, tak malu ke semua orang pandang?? Orang yang cantik pon nampak pelik bila hidung terangkat angkat lagikan yang kurang cantik. And whats with that rude way of talking to others? Haih, kalaulah adik saya, memang saya kerjakan cukup cukup. Install software MANNER kat dalam otak tu. Skru ketat ketat. Haih. Sedih bila tengok bangsa sendiri jadi camni. Lagi lagi remaja. Lebih lebih lagi PEREMPUAN. Oh.
Rabbit 2

Ok tu je, bai

Comments

  1. Well... Itu belum seteruk pengalaman aku lagi... Pernah jumpe perempuan yg lagi triple teruk dari tu... Nauzubillah.... =(

    Nak lagi pengalaman, sila la ber"back-packing" @ mengembara... Best!

    Aku kuar alamanda gak td, apesal xda nmpak ko pun? =p siap naik bas lagi...

    ReplyDelete
  2. ye eh? ko pg kul bpe? ak pg lwt kot~ tenampak sayyid.

    ReplyDelete
  3. hahaha..selamat buat sctl -.-" penat dah pikir~

    ReplyDelete
  4. selamat2~ tau xpe. penat + ngantuk. afdhalnye tdo. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

♥..Share it..♥

Popular posts from this blog

Turning down the awaited offer

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan izin Allah, aku ditawarkan kerja di tempat itu. Tapi dengan izin Allah juga, Allah buka hijab hijab yang terselindung. In the end, I turned down the job offer. Its ok, pat on my back; at least aku dapat pengalaman attending online interview dan juga pengalaman berurusan dengan HR. Jadi sekarang, aku kena atur strategi baru, dan aku cuba follow advice my best companion, slowly dan take one step in a time.  Entah kenapa perasaan lega bertandang sedangkan aku yang membenarkan diri sendiri terjebak. Haha. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. 

aku memang gedik!

Woha. I'm home and gosh super duper happy! Happier than pegi ice skating iteww. Puhleassse, 'itew'? WTH. Pi masuk tadika balik. Eja itu pon tak reti ke afi woi? Wakaka. Tadi waktu melangut dalam kereta segala macam jawapan soalan exam tetiba dengan sukarelanya mengeluarkan diri dari tempat persembunyian di antara celahan otak saya ini. Isk. Gedik mengada. Kenapa baru sekarang kau keluar? Pegila menyorok lagi!! Arghh. But on the bright side, at least I know that I KNOW what I am suppose to KNOW. So telan jela.  And you see while I was in the car, I signed in YM and guess what, terdapat seorang hamba Allah bernama M5 yang telah mencuba mengadd and menegur saya disitu. *sila maafkan ayat keling ini*. Our conversation went smooth pada permulaannya cos he acted like someone I know and we talked about something interesting which was good because I usually did that to confirm  the person adding me is a real HUMAN before I added him to my YM list.  But then he started to act wei

Kau nak tackle dia?

Stumbled upon this music video while I was surfing. The lyrics had me thinking hard, and deeepp. She wants someone perfect, but who is. Who is? Hm. Cuba untuk berfikir dari sudut yang berbeza. Aku perempuan, jadi sedikit sebanyak cara pemikiran aku akan sama dengan perempuan perempuan lain. Setahu aku, perempuan yang ordinary, please exclude the extraordinary takdelah demanding sangat nakkan lelaki yang semua stok perfect tip top je. Nobody's perfect, kami tahu! Semua orang mesti ada kekurangan dan kelebihan masing masing. That is why Allah cakap isteri pelengkap suami, adam pelengkap hawa. Bila single, no one is perfect tapi bila double, kesempurnaan itu insyaAllah dapat dicapai. Macam pakar motivasi plak rasenye bila bincangkan soal soal macamni hewhew. Berbalik pada isu tadi, sepanjang pemerhatian aku yang tak beberapa tajam ni, aku perasan perempuan ni mesti ada x-factor yang dia harapkan dari seorang lelaki. X-factor tu bertindak macam potion yang menutup sega