Skip to main content

..bacalah

Aku terbaca entri ex-schoolmate aku. Subhanallah, entri entri beliau sangatlah bermanfaat. Bukan macam entri kat blog aku ni. Sobs. Apa yang beliau tulis sememangnya apa yang aku cari. Korang pon, silalah baca. Walaupun entri tu agak panjang but I tell U what, U won't regret every second of it.


Aku pon nak cinta high class tu. InsyaAllah. Penulis blog tu tulis, cinta high class ialah
Wanita dan lelaki bercinta selepas nikah, saling melengkapi agama pasangannya. Ini jauh lebih luar biasa dan inilah baru cinta high class. Jika belum bernikah, cinta menjadi high class apabila si teruna dan si dara saling tinggi mujahadah. Bantu si dia memahami dengan mengurangkan perjumpaan dan komunikasi. Ianya atas dasar urusan dan keperluan sahaja dengan menjaga syarat dan batasan. Jika diluar batasan, mintalah fatwa dari hatimu. Kebaikan itu apa yg tenang dlm hati dan dosa itu apa yg was2 dan syak dalam hati.
Banyak pahala penulis tu dapat cos she reminds me to lots of things. Jaga pergaulan, jaga hati, jaga akhlak, jaga iman. Jaga semuanya insyaAllah Allah akan berikan yang terbaik untuk aku. Aku manusia biasa, clumsy, short-minded, sometimes aku terlupa dan terlalai. Inilah gunanya baca blog orang. Heheh.

InsyaAllah ciri ciri lelaki idaman penulis sama je ngan ciri ciri lelaki idaman aku. Cos tujuan muslims kan sama. Jannah. Kalau bersama kat dunia je tak best lah, haruslah kekal sampai jannah.

And personally aku nak huraikan sikit pasal harta. Aku tak kisah kalau bakal suami aku seorang yang tak berharta dan tak kaya. Asalkan dia ada ilmu that's enough for me cos dengan ilmu yang dia ada, insyaAllah dapatlah harta dan duit yang diperlukan untuk hidup. Kadang kadang aku kesal dengan certain people especially dalam lingkungan keluarga aku yang berfikiran perlu cari suami kaya bla bla bla. Bukannye nak cakap kat korang aku ni baikk sangat tapi don't you think kalau umur dia below 25 or sebaya je ngan aku sangat kaya itu adalah mustahil? Lainlah kalau dia kaya tu dengan harta mak bapak dia. Hidup ni berperingkat. Untuk mencapai kesenangan kita semua perlu hadapi yang susah dulu. Betul tak? Bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian.

Aku observe babah since I was a lil girl. Dulu waktu aku kecik, aku pernah tengok babah selalu pergi ATM sebab nak check duit gaji. Babah sangat jaga duit yang keluar masuk. Babah berkira dengan semua benda kecuali makan. Babah biasakan kitorang dengan "u will get what u need not what u want". Aku throw tantrum seteruk mana sekalipun sebab nakkan something, jangan harap aku akan dapat kalau benda yang aku nak tu tak berfaedah. Siap kena marah lagi ada. As I grow up, barulah nampak babah makin maju. Besides, nak bina institusi keluarga ni bukan senang. Sama je macam nak bina syarikat. Takbolehlah terus berjaya dan berjaya. Takes time. Macam baby. Kalau keluar je dari perut ibu, baby tu terus boleh bercakap or berlari horror kan? That is why aku sangat tak setuju dengan ayat "carilah suami yang boleh menjamin masa depan or erti kata lain, yang berduit supaya kau tak susah dikemudian hari". Hmm.

Apa yang penulis cakap adalah fairytale aku. Since aku sekolah menengah aku selalu berangan aku nak bercinta selepas nikah. Means that, before kahwin aku kenal dia, aku tau dia anak siapa, aku boleh nilai perwatakan dia dan untuk mengelakkan maksiat berleluasa kahwinkan saja. Susah. Sungguh. Susah nak jaga hati, lagi lagi hati aku yang berkarat ni. Tapi yang susah ni lah sebenarnya sesuatu yang indah. 

Aku sangat takut kalau kalau aku berperasaan pada orang yang salah. Nampaknya satu lagi tips from penulis ialah amalkan istikharah. Bukannya buat istikharah just before you need to know an answer. T_T Kena selalu buat ye Afi.


"Berperasaan itu tak salah, tapi bertuhankan perasaan adalah sesuatu yang salah"

And above all, aku paling suka yang ini.
Jika namamu yang tertulis di Lauhul Mahfudz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanamkan dalam diri kita. Tugasku bukan mencari dirimu, tetapi mensolehahkan diriku. Wahai seseorang yang telah tertulis di Lauhul Mahfudzku, imamku, dan ayah dari anak anakku, engkau yang membersamai perjalananku nanti. Aku percaya kau sedang memperbaiki dirimu, memantaskan dirimu untuk menjaid imam bagi tulang rusukmu, dan buah hatimu kelak..
Ok tu je, assalamualaikum

Comments

  1. salam..
    nice entry...suke baca
    bercinta kerana Allah, insyaAllah akan kekal hinggah jannah..^____^

    ReplyDelete

Post a Comment

♥..Share it..♥

Popular posts from this blog

Turning down the awaited offer

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan izin Allah, aku ditawarkan kerja di tempat itu. Tapi dengan izin Allah juga, Allah buka hijab hijab yang terselindung. In the end, I turned down the job offer. Its ok, pat on my back; at least aku dapat pengalaman attending online interview dan juga pengalaman berurusan dengan HR. Jadi sekarang, aku kena atur strategi baru, dan aku cuba follow advice my best companion, slowly dan take one step in a time.  Entah kenapa perasaan lega bertandang sedangkan aku yang membenarkan diri sendiri terjebak. Haha. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. 

aku memang gedik!

Woha. I'm home and gosh super duper happy! Happier than pegi ice skating iteww. Puhleassse, 'itew'? WTH. Pi masuk tadika balik. Eja itu pon tak reti ke afi woi? Wakaka. Tadi waktu melangut dalam kereta segala macam jawapan soalan exam tetiba dengan sukarelanya mengeluarkan diri dari tempat persembunyian di antara celahan otak saya ini. Isk. Gedik mengada. Kenapa baru sekarang kau keluar? Pegila menyorok lagi!! Arghh. But on the bright side, at least I know that I KNOW what I am suppose to KNOW. So telan jela.  And you see while I was in the car, I signed in YM and guess what, terdapat seorang hamba Allah bernama M5 yang telah mencuba mengadd and menegur saya disitu. *sila maafkan ayat keling ini*. Our conversation went smooth pada permulaannya cos he acted like someone I know and we talked about something interesting which was good because I usually did that to confirm  the person adding me is a real HUMAN before I added him to my YM list.  But then he started to act wei

Kau nak tackle dia?

Stumbled upon this music video while I was surfing. The lyrics had me thinking hard, and deeepp. She wants someone perfect, but who is. Who is? Hm. Cuba untuk berfikir dari sudut yang berbeza. Aku perempuan, jadi sedikit sebanyak cara pemikiran aku akan sama dengan perempuan perempuan lain. Setahu aku, perempuan yang ordinary, please exclude the extraordinary takdelah demanding sangat nakkan lelaki yang semua stok perfect tip top je. Nobody's perfect, kami tahu! Semua orang mesti ada kekurangan dan kelebihan masing masing. That is why Allah cakap isteri pelengkap suami, adam pelengkap hawa. Bila single, no one is perfect tapi bila double, kesempurnaan itu insyaAllah dapat dicapai. Macam pakar motivasi plak rasenye bila bincangkan soal soal macamni hewhew. Berbalik pada isu tadi, sepanjang pemerhatian aku yang tak beberapa tajam ni, aku perasan perempuan ni mesti ada x-factor yang dia harapkan dari seorang lelaki. X-factor tu bertindak macam potion yang menutup sega