Skip to main content

Dari Wanita untuk Lelaki.

I like this article. Sila la baca.


Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam?? Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita relax saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang gadis juga rakan sejawat kami. Maka jawablah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya. "Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya Si lelaki lagi dengan penuh angkuh dan bersemangat. "Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.

 Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangga nya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkanundang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimami satu taman perumahan juga. "Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus beberapa kawan wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan seperti mana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki. 

pesanan untuk masa hadapan; saya tak kisah siapa awak, asal mana, handsome or tak, asalkan satu, saya mahu jadi makmum awak. Taknak imamkan orang lain saya tak kisah, tapi imamkan saya. saya nak aminkan doa yang awak baca. tak pandai doa arab pon takpe, asalkan doa tu dari awak, saya aminkan seikhlas mungkin.


Awak doa, saya aminkan. saya masak, awak makankan. fair enough. rite?

Comments

  1. Alhamdulillah... Kan bagus kalau perempuan tu dpt tegur lelaki2 mcm ni... Nasihat menasihati tu penting utk pembangunan ummah... =)

    ReplyDelete

Post a Comment

♥..Share it..♥

Popular posts from this blog

Turning down the awaited offer

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan izin Allah, aku ditawarkan kerja di tempat itu. Tapi dengan izin Allah juga, Allah buka hijab hijab yang terselindung. In the end, I turned down the job offer. Its ok, pat on my back; at least aku dapat pengalaman attending online interview dan juga pengalaman berurusan dengan HR. Jadi sekarang, aku kena atur strategi baru, dan aku cuba follow advice my best companion, slowly dan take one step in a time.  Entah kenapa perasaan lega bertandang sedangkan aku yang membenarkan diri sendiri terjebak. Haha. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. 

Kau nak tackle dia?

Stumbled upon this music video while I was surfing. The lyrics had me thinking hard, and deeepp. She wants someone perfect, but who is. Who is? Hm. Cuba untuk berfikir dari sudut yang berbeza. Aku perempuan, jadi sedikit sebanyak cara pemikiran aku akan sama dengan perempuan perempuan lain. Setahu aku, perempuan yang ordinary, please exclude the extraordinary takdelah demanding sangat nakkan lelaki yang semua stok perfect tip top je. Nobody's perfect, kami tahu! Semua orang mesti ada kekurangan dan kelebihan masing masing. That is why Allah cakap isteri pelengkap suami, adam pelengkap hawa. Bila single, no one is perfect tapi bila double, kesempurnaan itu insyaAllah dapat dicapai. Macam pakar motivasi plak rasenye bila bincangkan soal soal macamni hewhew. Berbalik pada isu tadi, sepanjang pemerhatian aku yang tak beberapa tajam ni, aku perasan perempuan ni mesti ada x-factor yang dia harapkan dari seorang lelaki. X-factor tu bertindak macam potion yang menutup sega

aku memang gedik!

Woha. I'm home and gosh super duper happy! Happier than pegi ice skating iteww. Puhleassse, 'itew'? WTH. Pi masuk tadika balik. Eja itu pon tak reti ke afi woi? Wakaka. Tadi waktu melangut dalam kereta segala macam jawapan soalan exam tetiba dengan sukarelanya mengeluarkan diri dari tempat persembunyian di antara celahan otak saya ini. Isk. Gedik mengada. Kenapa baru sekarang kau keluar? Pegila menyorok lagi!! Arghh. But on the bright side, at least I know that I KNOW what I am suppose to KNOW. So telan jela.  And you see while I was in the car, I signed in YM and guess what, terdapat seorang hamba Allah bernama M5 yang telah mencuba mengadd and menegur saya disitu. *sila maafkan ayat keling ini*. Our conversation went smooth pada permulaannya cos he acted like someone I know and we talked about something interesting which was good because I usually did that to confirm  the person adding me is a real HUMAN before I added him to my YM list.  But then he started to act wei