October 10, 2010

Super Mama.

Hoyeehh! Dah keluar dari gua. Had a very long mom-daughter-phone-talk-session ngan mama. Habislah melambung bil babah. Muehehehe. Tulah bah, sape suh babah tukar digi. Semorang pakai celcom. Mueheheh lagi.

Hebat betul 'kuasa' mama atau umumnya ibu. Boleh selesaikan macam macam masalah. Boleh play macam macam role dalam hidup anak anak. Contohnya

1. Perunding fesyen. Setiap kali pilih baju mesti sure konfem kena tanya pendapat mama. Or else saya akan menyesal atau even worse, tak pakai pon baju yang saya pilih sendiri tu. Sebab apa? Sebab kat kedai nampak macam cantik alih alih bila dah sampai rumah, baju yang mama pilih tu jugaklah yang melekat kat badan saya sampai sekarang.

2. Doktor. Betullah cakap Prof, walaupun kitorang semua ni boleh dikatakan dah terjun masuk medical field tapi kalau sakit ke demam ke batuk ke selsema ke apa yang kita selalu buat? Cakap kat mak kita. Then mak kita bagi nasihat dan kita pon sebagai anak yang baik ikut nasihat tu. Alih alih semua penyakit hilang. Hah, see  mantap tak doktor ibu? Same thing goes to me. Sakit ke demam ke pening ke migraine ke, bila cakap kat mama then ikut nasihat mama, cepat je sakit tuh hilang. Tak pecaya? Sukati kau la.

3.  Kaunselor. Hah ini adalah paling penting. Mama adalah kaunselor peribadi saya. Semua masalah saya ada dalam poket beliau. Masalah study, masalah perasaan, masalah kesihatan, masalah keluarga, masalah jiwa, masalah hati jantung semualah. Kadang kadang bila saya encounter masalah yang sama, mama akan ingatkan saya cemana saya selesaikan masalahmasalah tu. Macam problem recorder. Mama trigger balik fikiran saya so that I can response to the problem well. Walaupun kekadang saya degil, taknak ikut nasihat mama, tapi mama sabar je. Mama bagi motivasi. Mama cucuk semangat. Mama bakar balik jiwa saya yang beku macam ais tu. Oh sesungguhnya mama juga adalah pakar motivasi yang berjaya.

4. Translator. Traslator ni bukan traslator yang biasa biasa ye tapi translator luar biasa. Mama tau saya, kenal saya lebih dari saya tau dan kenal diri sendiri. Kadang kadang saya in denial, cakap saya bukan macam tu saya bukan macam ni tapi last last saya malu sendiri sebab apa yang mama cakap tuh betul belaka. Takde satu pon yang salah. Bila saya tanya, macam mana mama boleh tau semua benda? mama cakap, senang je. Mama kan translator. Boleh translate semua maksud pergerakan saya. Semua maksud tindakan saya. Dan kadang kadang takyah tengok body language pon mama dah tau reaction saya to something. Lagi satu, mama sangat bijak hokeh translate emosi saya. Even dalam phone, walaupun saya cuba sehabis daya sorokkan emosi dari mama, tapi mama boleh tau. Dengar suara je pon mama boleh translate saya. Oh hebatnya mama saya.

5. Role model. Saya suka bandingkan hidup saya dengan hidup mama. Kadang kadang keputusan yang saya buat adalah berdasarkan hidup saya dan juga hidup mama. Muehehe. Tapi sekarang, hidup saya dah tak selari ngan hidup mama. Fyi mama saya kawin waktu umur beliau 20. Ekekeke. And bulan 10 1989, mama dah mengandungkan saya sebulan lebih lebih pon. Wekekeke.

Hebatkan ibu kita? I wonder, can I be a good mom to my kids in the future? Boleh ke saya buat benda yang sama? Mampu ke saya jadi sehebat mama? 


Ok tu je, assalamualaikum 

2 comments:

♥..Drop it..♥