Sunyi. Kawan kawan semua takde. Dah balik rumah masing masing. Tinggal la saya sorang sorang kat sini. Kalau ikutkan hati berlari lari saya balik rumah tapi sekarang mama ngan babah tengah pening ngan rumah rumah rumah itu. Jadi untuk tidak menambahkan kepeningan mama babah, I better be here. *sigh*
comel je beliau mencium diri sendiri, kehkehkeh
Roomie saya dah keluar cari internet. Internet rumah gedik mengada ngada. Agaknya kena sambar kilat. Cakap pasal kilat semalam, uuhhh sangat ngeri. Kuat yang amat sampaikan saya yang tidur mati pon boleh terjaga terkebil kebil pastu sondol muka kat celah ketiak Pompom. Nasib baik raihan tidur kat luar kalau tak, saya rasa saya dah purapura jatuh bawah pastu pelukpeluk cik raihan. Muehehehe.
Bosan. Teringin nak keluar lagi. Tapi macam dah serik. Bukan serik sebab kena buli ngan budak budak kecik mahupun serik kena marah ngan mama babah tapi serik sebab perasaan sunyi tu makin bertambah bila saya keluar sorang sorang. Faham tak? Loner ranger macam saya je kot yang faham. Isk.
Kawan. Sepanjang 20 tahun saya hidup kat dunia ni saya dah jumpa macam macam jenis kawan. Ada kawan yang betul betul kawan, ada kawan yang pura pura kawan, ada kawan yang menangis bila saya menangis, ada kawan yang ketawa bila saya menangis, ada kawan yang menangis bila saya ketawa dan ada kawan yang ikut ketawa bila saya ketawa.
Susah sangat sebenarnya nak bezakan kawan tu betul betul kawan atau kawan yang plastik. Tapi, satu benda yang buat saya pasti kawan adalah kawan ialah bila saya sakit, dia ada. Itulah dia salah satu hikmah Allah tarik nikmat kesihatan saya dulu dulu. Waktu tuh barulah saya faham yang mana satu kawan yang mana satu lawan. Haih. Hidup ni susah kan? Kenapa saya cakap susah? Sebab banyak kenyataan yang pahit tapi terpaksa ditelan. Pahit tu bukan pahit yang biasa biasa, tapi pahit yang lagi pahit daripada ubat maupun peria. Tau tak camne rasa dia? Taktau? Sila KUNYAH ubat bebanyak insyaAllah dapat la feel tu.*tapi kalau jadi pape jangan salahkan saya*.
Family. Some of them ajar saya betapa pentingnya family. But some of them ajar saya yang saya tak boleh percayakan family. Walaupun family atau keluarga atau usrah tapi still kena ada curiosity. 100% kepercayaan adalah mustahil. So jangan salahkan saya sepenuhnya kalau saya susah nak percayakan orang sebab saya tau family sendiri pon susah ntuk dipercayai. (^_^)v
notabadakair 1: Allah akan memakbulkan doa orang yang dizalimi. Jadi, silalah berdoa ye?
notabadakair 2: Skype asyik hantar email "skype for your mobile- download today". Haih. Dear skype, saya takde iphone mahupun android mahupun nokia smartphone. Samsung je oke? =.="
notabadakair 2: Skype asyik hantar email "skype for your mobile- download today". Haih. Dear skype, saya takde iphone mahupun android mahupun nokia smartphone. Samsung je oke? =.="
like this...
ReplyDelete100x agree wiyh ur statements
Sokong ni. Memang susah nak cari kawan yang betul betul kawan. :)
ReplyDeletefalah: thanks dear :)
ReplyDeletehusna: yup betul. susahh sesangat. tp bila da jumpa ya Allah, heaven nye :)