Skip to main content

Permainan

Harini tajuk sister's talk adalah permainan. Semorang stok nak ungkit pasal mainan masa zaman kanakkanak. Ada yang main barbie, ken, dolls yang bila-baring-mata-tertutup-bila-duduk-mata-terbuka, teddy bear, baby-yang-boleh-makan-menangis-berak dan blahblahblah. Semua yang girly girly jekan? Dah namanya sister's talk memanglah ada unsur geligeli. Wekekeke
Rabbit 3

Mainan saya waktu zaman kecikkecik dulu adalah tak lain dan tak bukan, Lasy. Kenapa Lasy? Sebab Lasy adalah unisex. Waktu tuh saya dan abam dan angah sahaja yang wujud. Bangcik and Syafiqah masih sperma dan ovum yang berenang renang di lautan. Lalalala. Kate block repro cakap pon repro ah kan? Sobs.

Bukan takde nafsu nak main barbie ngan teddy bear. ADA! Sirius sangat tinggi nafsu kepada barbie tapi disebabkan mama babah tak pernah tunaikan hajat yang satu tuh, terus diam pastu feeling anak terbuang. 





Bila dah besar pandai guna otak barulah boleh fikir, mama babah beli lasy tu pon dah kira terbaik sebab bendalah tuh tahan lasak plus cool gila boleh reka bentuk macam macam benda siap boleh ride lagi kalau kau berjaya cipta kereta. Macam tu lah tahap kecoolan lasy tuh. Kalau tunggang barbie mau patah segala upper limbs dan lower limbs barbie tersebut. Besides, kalau mama babah belikan saya barbie wajiblah kena belikan mainan lain ntuk abam. Tak sanggup saya fikirkan segala kemungkinan kalau babah biar abam main barbie sama. Erk.

itik lasy

macammacam benda dari lasy

Lagi satu mainan yang babah selalu beli ntuk saya, set masak memasak. 
Mungkin babah mempunyai harapan yang tinggi supaya saya menjadi tukang masak berjaya or at least handal memasak bila dah besar. Sorry ye bah. Saya rasa saya dah kecewakan harapan babah yang satu tu. 





Everytime babah pegi outstation, saya akan dapat setset alatan dapur seperti set periuk ngan set jug. Pegi outstation lagi dapat pinggan mangkuk ngan cawan. Pastu dapat stove. Semakin meningkat umur semakin banyak alatan elektronik kecik dan tipu babah belikan ntuk saya. Siap ada beg galas transparent boleh bawak set memasak pegi pantai main masak masak dengan sepupu sepapat. I remember when we went to picnic, kitorang masak anak ketam as lauk pastu pasir as nasi. Sepupu lurus yang mana tah pegi makan betul betul and since then, main masakmasak pakai pasir ngan ketam adalah dilarang sama sekali.

Disebabkan dah boring asyik dapat set masak memasak tapi satu haram resepi pon tak tau, akhirnya saya komplen kat babah and so bila babah pegi outstation lagi, dapatlah Playdoh. Sangat menarik. Tapi saya tak suka bau dia. Memeningkan kepala. Mungkin sejak kecik saya dah ada aura migrain. Sampai sekarang still ingat bau Playdoh and if ada chewing gum or makanan bau macam tu mulalah rasa macam pening lalat pastu rasa macam nak muntah. Tak suka. Tapi walaupun tak suka bau dia, saya suka main playdoh sebab boleh create macam macam benda contohnya icecream and cake. Weeha. Pastu anak Dokter Zam jiran sebelah datang join main playdoh sampai taknak balik rumah. 


So, thats about it. Selain daripada mainan mainan diatas, zaman kanakkanak dihiasi dengan buku buku buku buku dan puzzles puzzles puzzles puzzles. No teddy bears yang besar gabak, no dolls yang bila-baring-mata-tertutup-bila-duduk-mata-terbuka, no baby-yang-boleh-makan-menangis-berak dan yang paling sedih, no barbie. Agaknya sebab tu kot saya tak gegirl sangat. Kehkehkeh. My first teddy bear yang agak boleh dibanggakan mama beli waktu dah form 2 or 3. Itupun sebab kena duk asrama so macam kekurangan kasih sayang malammalam taktau nak peluk sape that's why mama simpati belikan saya si Pompom. Pompom mengalami buasir yang amat kronik tahun lepas akibat selalu dihempap. Tak tahulah dah berapa kali dokter mama repair bontot dia. Sobs ;(. Kesian Pompom.

Kadangkadang saya tertanya tanya sendiri, kenapa waktu zaman saya kecikkecik takde PSP and PS3? if not, saya tak mungkin akan mengalami masalah mental lagi akibat selalu kalah lawan game ngan Syafiqah budak bongkak berumur 8 tahun itu. Ergh.
Nini mouse

Ok tu je, assalamualaikum

Comments

  1. cik afi, i got whole set of lasy, the big box nye..
    time kecik kecik dlu, buat benda ikut dia punya gambar...huiyooo!
    thanks, kembalikan memory kanak-kanak saya..

    ReplyDelete
  2. yeay!! at last..u know, my friends were like, apetu lasy?? ape tu ape tu. herh. sedih.

    and yes, ur welcome ;)

    ReplyDelete
  3. ms aku kecik dulu main kat longkang.. ish.. buduh.. hina giler..

    ReplyDelete
  4. normal la tu weh. aku pon main kat longkang jugak. longkang sebesar alam pulak tu. yang memang nampak dengan jelas lagi nyata ada penyahtinjaan manusia kat dalam tu. boleh main baling baling batu pastu air terpercik sana sini. sangat euw bila teringat balik.

    ReplyDelete

Post a Comment

♥..Share it..♥

Popular posts from this blog

Saiko

I wonder what had gotten into me before when I used to fight so strong just to be in this course. Babah agak tak suka saya amek course ni. Babah cakap, "You'll have no life." and "Once you step in that field, its equal to learn throughout ur whole life". Tapi saya yang dulu tak kesah ngan semua benda yang babah cakap. As long as he still supports me walaupun selalu cakap keburukan amek medic, I keep my head held high. Tak pandang belakang dah. I made my decision and that's it. No turning back. Tapi sekarang saya jadi keliru. Can I do this? Am I fit enough to be a good doctor? Can I diagnose correctly? Can I treat the patient the way I'm taught? Can I be like my lecturers who are super awesome? Can I? Bimbang. Keliru. Sometimes I feel like giving up. Rasa macam tak layak. Tengok semorang dah progress but me? Still kat takuk yang lama. Even worse, dah turun beberapa anak tangga.  I tried to talk to my close friends abut this. But no help at all....

..It feels weird.

Perasaan pelik. Rasa happy but in the meantime rasa sedih waktu tengok gambar cousins aku yang berdua itu. We were so close when we were little girls tapi sekarang, masing masing dah ada hidup sendiri. Hala tuju sendiri. Semalam kak D kahwin. Gambar dah upload sikit kat facebook. Nak keluar air mata aku yang mentengok ni. Belum lagi mak long. Huish. Susah kan jadi mak? Jadi sila hargai ibu anda. Dan tadi jugak, sempat mengusha gambar kak S bertunang. Rasa macam ada rama rama dalam perut. Rasa macam nak jerit wah cantiknya kuat kuat and rasa cam nak cakap eee jelesnya. Motif? Heheh. So moral of the story is, semua dah besar panjang. Dah ada tanggungjawab masing masing. I hope everything about us won't change. How I wish adults don't have to create such barrier ya know. The barrier when they already have their own family and they seems to depart off from the big family. I hate that. Apa aku merepek ni? Ok tu je, assalamualaikum

Aku dan Lipas.

I had terrible night last night. Siangnya pon agak terible jugakla. Dengan suara garau and muka yang hitam, kepala pusing plus temperature of 38.5 I could barely move. Bedridden. Weehu. And what make it worse? LIPAS. Had 2 scenes with lipas. First was, I found a freaking damn dead cockroach in my mihun tomyam. Imagine: I was like hungry to death and the cafe took like ages to deliver my food. Bila dah sampai I just dug in the food without doing the routine check. Suapan ke dua, I felt something strange about the tomyam. Rasa macam pelik. But keeps on eating cos LAPAR. On my 3rd suapan, I saw something weird floating on the spoon and as I took closer look, I screamed like it was no tomorrow. ADAKAH AKU TELAH MEMAKAN TOMYAM PERASA LIPAS? Omjayyyy!!! Called the cafe and explained the situation to a worker. Dengan pelat indon and bahasa melayu yang kurang mantapnya itu, she kept on asking whether I still kept the lipas I found in her tomyam. Seriously I feel like shouting at her on her f...