Skip to main content

Jawapan kepada soalan.

Apakan yang membuatkan anda lemas?


Huh? Soalan ni tak cukup specific la. Lemas yang macam mana tu? Lemas dalam air, or lemas kat darat? Kalau lemas kat air for sure lah sebab saya tak beberapa pro berenang and kaki asik cramp kalau berendam dalam air lelama. Penyumbang kepada lemas dan seterusnya kalau pendek umur, meninggal. Kalau lemas di darat plak, saya sangat lah yang amat dan teramat lemas dengan orang yang suka merajuk. Asal ada benda tak kena je merajuk merajuk merajuk. I tell you what, I am so damn BAD dalam memujuk orang merajuk ni. Kekadang kalau orang yang saya sayang dengan melampau merajuk, I'll try to pujuk that person sekali dua. Tapi kalau dia buat bodoh, hah. Lantak kaulah. Tapi depends on situation gak. Kalau situasi tu logik ntuk dia merajuk, I'll be ok. Tapi kalau situasi tak masuk akal langsung ntuk merajuk, sukati kaula. Merajuk sorang sorang.


Apakah yang membuatkan anda menyampah?


Saya menyampah dengan manusia hipokrit. Depan pura pura baik tapi belakang jahat macam setan. Ups. Lagi satu, sangat tak suka dengan orang tak reti bersyukur. Especially bila dia dah dapat benda yang sepatutnya dia dapat, tapi gedik lagi cakap, tak cukup lah itulah inilah. Cukup menyampah dengan manusia begini. Its ok if you feel unsatisfied or what, but don't have to brag about it. Bernanah telinga haku. 


Oh lagi satu, sangat menyampah tengok lelaki or si boyfriend sangkut handbag girlfriend kat bahu beliau. Derr, siyes tak macho! Macam auww je lol. Kalau suami lain eh, yang saya cakap ni BOYFRIEND. Spell it right, boyfriend.


Apakah yang membuatkan anda marah?


Eh apasal soalan semua berunsur negatif ni? Huahua. Saya paling marah kalau orang kejutkan saya dari tidur dengan bunyi bunyian kuat yang membuatkan saya tachycardic right after terbangun. I seriously can't tolerate this one. Marah pon lama je. Tempoh marah saya yang biasa adalah sekejap, tak sampai pon 10 minit tapi kalau marah tu berpunca daripada kau-kejut-aku-dengan-bunyi-bising, mau sehari saya bad mood.


And, whoever mess with my family, saya mungkin marah kamu selama lamanya. 


Apakah yang membuatkan anda putus cinta?


Her. Can't answer this one. Belum pernah mengalami and kalau boleh TAK NAK mengalami pon


Apakah ciri ciri lelaki idaman anda?



  • Faham and tahu pasal agama. senang aku nak tanya soalan pasal agama kat dia
  • sedap mata memandang. Tak overdress, tak selekeh, tak hensem gila pon takpe (kalau hensem gila bonus hokeh)  asalkan sedap mata memandang. 
  • Banyak ilmu. Duit boleh dicari tapi ilmu susah nak dapat. Ada ilmu, insyaAllah ada duit. keh keh
  • Hormat orang tua. Especially mak dia. Weehu. Sebab? Senang hidup aku anak lelaki ada role model macam dia. 
  • Gagah perkasa matang fikiran dan TINGGI. wahaha.



Err ok dah. cukup. Soalan seterusnya agak merepek I don't wish to answer them. Ok tu je, assalamualaikum

Comments

  1. aku nak pakai handbag perempuan dkt bahu.. lepas tu pekik dekat telinga kau masa kau tido.. last2 bila kau bangun aku nak merajuk gila.. kah3

    ReplyDelete
  2. sila sila. akibatnya seperti yg diatas. haha

    ReplyDelete

Post a Comment

♥..Share it..♥

Popular posts from this blog

Turning down the awaited offer

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan izin Allah, aku ditawarkan kerja di tempat itu. Tapi dengan izin Allah juga, Allah buka hijab hijab yang terselindung. In the end, I turned down the job offer. Its ok, pat on my back; at least aku dapat pengalaman attending online interview dan juga pengalaman berurusan dengan HR. Jadi sekarang, aku kena atur strategi baru, dan aku cuba follow advice my best companion, slowly dan take one step in a time.  Entah kenapa perasaan lega bertandang sedangkan aku yang membenarkan diri sendiri terjebak. Haha. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. 

aku memang gedik!

Woha. I'm home and gosh super duper happy! Happier than pegi ice skating iteww. Puhleassse, 'itew'? WTH. Pi masuk tadika balik. Eja itu pon tak reti ke afi woi? Wakaka. Tadi waktu melangut dalam kereta segala macam jawapan soalan exam tetiba dengan sukarelanya mengeluarkan diri dari tempat persembunyian di antara celahan otak saya ini. Isk. Gedik mengada. Kenapa baru sekarang kau keluar? Pegila menyorok lagi!! Arghh. But on the bright side, at least I know that I KNOW what I am suppose to KNOW. So telan jela.  And you see while I was in the car, I signed in YM and guess what, terdapat seorang hamba Allah bernama M5 yang telah mencuba mengadd and menegur saya disitu. *sila maafkan ayat keling ini*. Our conversation went smooth pada permulaannya cos he acted like someone I know and we talked about something interesting which was good because I usually did that to confirm  the person adding me is a real HUMAN before I added him to my YM list.  But then he started to act wei

Kau nak tackle dia?

Stumbled upon this music video while I was surfing. The lyrics had me thinking hard, and deeepp. She wants someone perfect, but who is. Who is? Hm. Cuba untuk berfikir dari sudut yang berbeza. Aku perempuan, jadi sedikit sebanyak cara pemikiran aku akan sama dengan perempuan perempuan lain. Setahu aku, perempuan yang ordinary, please exclude the extraordinary takdelah demanding sangat nakkan lelaki yang semua stok perfect tip top je. Nobody's perfect, kami tahu! Semua orang mesti ada kekurangan dan kelebihan masing masing. That is why Allah cakap isteri pelengkap suami, adam pelengkap hawa. Bila single, no one is perfect tapi bila double, kesempurnaan itu insyaAllah dapat dicapai. Macam pakar motivasi plak rasenye bila bincangkan soal soal macamni hewhew. Berbalik pada isu tadi, sepanjang pemerhatian aku yang tak beberapa tajam ni, aku perasan perempuan ni mesti ada x-factor yang dia harapkan dari seorang lelaki. X-factor tu bertindak macam potion yang menutup sega