January 01, 2011

untukmu, bakal suami.

Sekiranya kita cinta kepada manusia,
tidak semestinya manusia cinta kepada kita
Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya

Sekiranya kita cinta kepada manusia
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai
Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga

Ya Allah, andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku
Maka, campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah kerana-Mu
dan campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah kerana-Mu jua

Namun,
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan olehMu kepadaku
berikanlah aku kekuatan
agar pasrah
dalam mengharungi ujian
yang Dikau berikan kepadaku.

-Aminah Qutb-

No comments:

Post a Comment

♥..Drop it..♥