Tadi saya borak borak dengan kawan. Beliau adalah salah seorang kawan yang rapat dengan saya waktu sekolah dulu dulu. Bila ditanya pasal course, memasing terdiam. Banyak cerita yang perlu dikongsi dan diberitahu. Dan bila saya cakap the fact that I am learning medicine, beliau menjadi sangat teruja. Seperti kera mendapat bunga, itu katanya.
Tapi, tahukah anda menjadi medical student banyak yang TAK BEST berbanding best? Tahukah? Jika anda tidak tahu, mohlah saya bagitau.
1. Cuti tak banyak. Kawan kawan selalu stress sebab cuti saya tak sama dengan cuti diorang so sangatlah susah nak plan vacation or reunion. Dan akhirnya seperti biasa, saya terpaksa berkorban dan berendam air mata makan hati berulam jantung bila tengok pictas dorang yang sangat sangat lah hot dan best. Tak lupa juga cuti bersama keluarga. Lagilah hati dicarik carik bila terpaksa dahulukan kelas dan kelas dan kelas daripada masa bersama mereka. Sobs sobs sobs *lap hingus*
2. Bila balik kampung, cousin yang kecik kecik dah ignore buat buat muka cebik macam telan belacan bila saya dukung. Kenapa? Sebab diorang dah lupa saya. Jumpa setahun sekali manalah budak kecik sebesar ibu jari nak ingat. Sangat mencabar minda dan juga deria pendengaran bila diorang jerit sekuat kuatnya.
3. Bila ada conversation apa apa dengan orang yang lagi senior, diorang akan tend untuk tanya ubat apa yang paling sesuai dengan penyakit penyakit yang diorang ada. Sobs. Waktu ni la tetiba je keinginan untuk menjadi segenius adik Adi Putra melampui batas. Oh kalian, saya baru student medic tahun dua! Ubat hypertension pon tergagap gagap lagi nak sebut. Sobs.
4. Kalau saya tak tau certain words atau facts saya akan mendengar ayat ini "eh student medic, takkanlah tu pon tak tau". Oh yes, student medic pon ada otak yang punya anatomy yang sama dengan kamu. Kalau kamu tak tau, tendency untuk saya tak tahu juga adalah tinggi kerana saya belajar medic bukannya hafal kamus dewan atau tahu gosip gosip dan berita hangat semasa! Sedih diri diperlakukan sebegini. Sobs lagi sekali.
5. Waktu diri tak sihat akan ada mulut mulut yang cakap "kata nak jadi doktor tapi asyik sakit je macam mana nak tolong pesakit?" Assalamualaikum, doktor tu pon manusia apatah lagi medical student. Manusia bukan malaikat yang tak kenal erti sakit dan juga sihat, yang tugasnya hanyalah beribadat kepadaNya. Siapa saya untuk tidak mempunyai hak diuji dengan sakit? Saya benci ayat itu. Sungguh benci.
6. Dijadikan simbol dan bahan untuk certain ahli keluarga berbangga diri dengan orang lain kononnya blood line ini adalah sangat best kerana melahirkan doktor doktor yang berjaya. Yang ni paling saya TAK SUKA hohoi rasa macam nak tembak je mereka mereka. Saya hanyalah medical student yang tergagap gagap bila orang tanya pasal drug, tolonglah jangan berbangga bagai. Silap silap diorang yang terasa atau menyampah doa saya fail exam macam mana? Mahukah kamu dicemuh dengan kata kata oh blood line ni ada medical student yang cannot make it to be a successful doctor? Jauhkan ya Allah.. jauhkan.
Sekadar meluahkan rasa. Sesiapa yang terasa ampun dan maaf dipinta.
p/s: so, best ke jadi med student? oh sangat TAK.
yeah, this is serious..
lebih baik jadik engineer macam aku.. takde lah orang nak bising2..
ReplyDelete@asip Ù…Øمد
ReplyDeleteharitu cakap amek art, ni engineer pulak? ish3..haha
suka tak suka, perlu dihadapi dan diterima semua itu dalam masa 5 tahun belajar medic.. just be positive.. dan cari kawan2 medic yg enjoy jadi student medic.. peace..
ReplyDelete@Hisyam Muhibah
ReplyDeletethanks for the words. :')
been there. tapi bukan medic la. hehe. sabar ye adik. tapi buncit puji rendah diri kamu tu. semoga berjaya. :)
ReplyDelete@~Saya Buncit~
ReplyDeletetq akak buncit. doakan. :)
Tiada jalan mudah untuk kita berjaya.Perlu tabah hadapi segala.
ReplyDelete@Cikgu Tie
ReplyDeletesetuju..:)
kesukaran itu mengajar kamu menjadi lebih tabah.. ;)
ReplyDelete@MataHati @ MH
ReplyDelete:))