Nak cakap pasal zaman kanak kanak cos I miss my childhood so much.
zaman aku kecik kecik, mak aku hantar aku pegi skolah tadika kat depan rumah kitorang waktu tu. Heaven kot sebab makcik aku yang aku panggil ummi mengajar kat situ. So waktu rehat sesape tak cukup makanan silalah cari aku cos akan ada portion makanan lebih untuk aku. Bukan ape, makcik aku kesian tengok aku yang macam terbantut so one of her initiative is bagi aku makanan banyak banyak. Bukannye habis pon aku makan makanan tu. Kekadang ada budak budak lain yang tolong aku membedal makanan makanan sekelian terutama skali kawan aku yang sekarang dah amek course law. Tengoklah betapa membesar dan sehatnya beliau. ^^
Jiran sebelah rumah aku waktu tu pon skolah tadika sesama ngan aku. Masihku ingat (eh macam rangkap lagu) budak tu susah betul nak belajar mengeja sebab dia malas. Sekali bapak dia mempermainkan dia depan aku, tup tup dah fly ke aussie dah budak tu amek architecture. Ha see, ada pekdah jugak korang baca entri ni, dah dapat parental guide free disitu ye kawan kawan.
Masa aku kecik kecik, mama jarang kasi aku keluar rumah. Bukan apa, kawasan kejiranan kitorang waktu tuh tersangatlah ramainya orang yang tak waras lagi tak siuman ditambah pulak dengan sindiket menculik kanak kanak yang sedang hangat makanya, terperap lah aku didalam rumah sahaja. Sebab tu waktu kecik kecik dulu kulit aku putih sebab jarang terkena cahaya matahari. Sekarang tak payah cite la. Warna kulit aku dah lebih kurang dengan warna bangla yang "hai adik manis" jual carpet tu dah. Legam.
Zaman sekolah rendah jadual aku padat. Waktu tuh aku ada 2 jadual. Satu jadual kat skolah dan satu lagi jadual kat rumah. Jadual kat rumah tu berbunyi begini
2.00pm mandi solat makan
3.00pm siapkan homework
5.30pm buat kerja rumah
6.00pm tengok tv/ keluar main basikal (halaman rumah SAHAJA)
7.oopm mandi
8.00pm mengaji
9.30pm tidur
Haa. Sampai sekarang jadual tuh tersemat lagi kat otak aku ni. Sebab tu bila aku tengok si kecik yang tak berapa kecik syafiqah bersenang lenang after school melepak depan tv aku rasa macam perut ni memulas mulas. Geram dan sebal. Tapi tak banyak yang aku boleh buat melainkan buat bodoh cos aku sendiri pon nak tengok tv. So waktu waktu macam tulah peak time aku berebut channel dengan syafiqah dan biasanya dialah yang menang cos aku kan kakak. Tak cool lah kakak tak mengalah ngan adik kan?
Satu yang paling aku rindu pasal zaman kecik kecik dulu ialah aku boleh buli adik adik tapi sekarang akulah mangsa buli itu. Even gaduh ngan syafiqah pon aku jarang menang. Entah apa ilmu yang dia pakai aku pon tak tahu. Agaknya adik adik aku dah simpan dendam sejak kitorang kecik sebab tu diorang wat payback time sekarang. Aku rindu tittle pembuli itu.
p/s: need I to remind u my age? Though I miss my childhood but please treat me like I'm 21 not 12.
Comments
Post a Comment
♥..Share it..♥