Skip to main content

..hari hari nilai

Dah berhabuk dah belog ni. Bajet tak banyak masa nak update, tapi memang tak cukup masa pon. Posting commed sangat MENARIK ok. Ini cerita benar bukan cerita palsu. Nama pon community medicine kan so memang banyaklah kena bergaul mesra dengan community.

Masuk je minggu pertama dah kena buat macam macam kerja. Dah ada macam macam tanggungjawab dan juga tanggungan. By the first week tu dah kena hantar report lah, itulah inilah. First week tu jugaklah iaitu 2 minggu lepas aku pegi interview patient yang ada sakit diabetes mellitus type 2. Sesape yang tak tau diabetes mellitus type 2 tu apa nanti nantilah aku cite ek. Sekarang tak de mood nak cakap pasal diabetes. Overall patient aku sangat sangat tip top baik. Sayang kamu puan. Sobs :').

Ok dah habis cite pasal patient sekarang nak cite pasal banner dan macam macam lagi. Satu yang agak mencabar kredibiliti aku sebagai seorang manusia ialah bila kena design banner PAKAI TANGAN. Pakai tangan ok, lukis pakai tangan. Sobs. Siyesly kalau pakai laptop aku bolehlah nak berlagak buat itu ini tapi kalau pakai bare hand, no no no no. Sangat tak memberangsangkan ok banner tu. Turns out awaa yang buat most of the things. Aku hanyalah menjadi pemerhati yang boleh tahan setia. Siyes tak reti lukis melukis. Zaman skolah dulu asik dapat C je tau bab lukis lukis ni. Sobs.

Then minggu ketiga iaitu minggu ni kitorang kena pegi buat survey kat satu taman *nama adalah rahsia*. Sekarang baru aku tau apa perasaan orang yang jual barang dari rumah ke rumah tu. memang diorang dan aku memerlukan kesabaran yang boleh tahan tinggi. kalau tak sabar mau je aku suruh bebudak kecik yang jauhhhh lagi comel jawab soalan survey tuh tapi apakan daya budak kecik mana tau pasal perancangan keluarga segala. Sobs. Survey yang kitorang buat ni is for our research on penduduk taman tu punya health status. Tapi disebabkan kitorang bawak bp set, weighing scale n segala macam beg bersama sama ngan kitorang so they mistakenly think that we are salesmen and saleswomen. :'). pengalaman mencabar semalam ialah bila kami dapat jawapan 'tak taupun pasal survey ni, takpelah taknak jawab'. Tak kurang juga kakak kakak dan abang abang yang tarik langsir tutup pintu bila nampak kitorang. Sobs. Sedihh. Dan pengalaman mencabar harini bila sorang akak cakap 'kejap eh' pastu masuk dalam and tak keluar keluar. Sedihhh ok. Penat tau saya tunggu akak kat luar sampai hati akak buat saya macam ni. Sobs.

Oklah setakat ini dulu luahan perasaan harini. Selamat berbuka puasa semua. :)

assalamualaikum.

- Posted using BlogPress from my iPad

Comments

Post a Comment

♥..Share it..♥

Popular posts from this blog

Turning down the awaited offer

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan izin Allah, aku ditawarkan kerja di tempat itu. Tapi dengan izin Allah juga, Allah buka hijab hijab yang terselindung. In the end, I turned down the job offer. Its ok, pat on my back; at least aku dapat pengalaman attending online interview dan juga pengalaman berurusan dengan HR. Jadi sekarang, aku kena atur strategi baru, dan aku cuba follow advice my best companion, slowly dan take one step in a time.  Entah kenapa perasaan lega bertandang sedangkan aku yang membenarkan diri sendiri terjebak. Haha. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. 

aku memang gedik!

Woha. I'm home and gosh super duper happy! Happier than pegi ice skating iteww. Puhleassse, 'itew'? WTH. Pi masuk tadika balik. Eja itu pon tak reti ke afi woi? Wakaka. Tadi waktu melangut dalam kereta segala macam jawapan soalan exam tetiba dengan sukarelanya mengeluarkan diri dari tempat persembunyian di antara celahan otak saya ini. Isk. Gedik mengada. Kenapa baru sekarang kau keluar? Pegila menyorok lagi!! Arghh. But on the bright side, at least I know that I KNOW what I am suppose to KNOW. So telan jela.  And you see while I was in the car, I signed in YM and guess what, terdapat seorang hamba Allah bernama M5 yang telah mencuba mengadd and menegur saya disitu. *sila maafkan ayat keling ini*. Our conversation went smooth pada permulaannya cos he acted like someone I know and we talked about something interesting which was good because I usually did that to confirm  the person adding me is a real HUMAN before I added him to my YM list.  But then he started to act wei

Kau nak tackle dia?

Stumbled upon this music video while I was surfing. The lyrics had me thinking hard, and deeepp. She wants someone perfect, but who is. Who is? Hm. Cuba untuk berfikir dari sudut yang berbeza. Aku perempuan, jadi sedikit sebanyak cara pemikiran aku akan sama dengan perempuan perempuan lain. Setahu aku, perempuan yang ordinary, please exclude the extraordinary takdelah demanding sangat nakkan lelaki yang semua stok perfect tip top je. Nobody's perfect, kami tahu! Semua orang mesti ada kekurangan dan kelebihan masing masing. That is why Allah cakap isteri pelengkap suami, adam pelengkap hawa. Bila single, no one is perfect tapi bila double, kesempurnaan itu insyaAllah dapat dicapai. Macam pakar motivasi plak rasenye bila bincangkan soal soal macamni hewhew. Berbalik pada isu tadi, sepanjang pemerhatian aku yang tak beberapa tajam ni, aku perasan perempuan ni mesti ada x-factor yang dia harapkan dari seorang lelaki. X-factor tu bertindak macam potion yang menutup sega