Skip to main content

..I blog this for U and for ME.


Kalau kita sukakan seseorang,
jangan berita...hu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya

"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)

If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way

“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.” 
(HR. Al-Hakim)

Comments

Post a Comment

♥..Share it..♥

Popular posts from this blog

aku memang gedik!

Woha. I'm home and gosh super duper happy! Happier than pegi ice skating iteww. Puhleassse, 'itew'? WTH. Pi masuk tadika balik. Eja itu pon tak reti ke afi woi? Wakaka. Tadi waktu melangut dalam kereta segala macam jawapan soalan exam tetiba dengan sukarelanya mengeluarkan diri dari tempat persembunyian di antara celahan otak saya ini. Isk. Gedik mengada. Kenapa baru sekarang kau keluar? Pegila menyorok lagi!! Arghh. But on the bright side, at least I know that I KNOW what I am suppose to KNOW. So telan jela.  And you see while I was in the car, I signed in YM and guess what, terdapat seorang hamba Allah bernama M5 yang telah mencuba mengadd and menegur saya disitu. *sila maafkan ayat keling ini*. Our conversation went smooth pada permulaannya cos he acted like someone I know and we talked about something interesting which was good because I usually did that to confirm  the person adding me is a real HUMAN before I added him to my YM list.  But then he started to ...

..It feels weird.

Perasaan pelik. Rasa happy but in the meantime rasa sedih waktu tengok gambar cousins aku yang berdua itu. We were so close when we were little girls tapi sekarang, masing masing dah ada hidup sendiri. Hala tuju sendiri. Semalam kak D kahwin. Gambar dah upload sikit kat facebook. Nak keluar air mata aku yang mentengok ni. Belum lagi mak long. Huish. Susah kan jadi mak? Jadi sila hargai ibu anda. Dan tadi jugak, sempat mengusha gambar kak S bertunang. Rasa macam ada rama rama dalam perut. Rasa macam nak jerit wah cantiknya kuat kuat and rasa cam nak cakap eee jelesnya. Motif? Heheh. So moral of the story is, semua dah besar panjang. Dah ada tanggungjawab masing masing. I hope everything about us won't change. How I wish adults don't have to create such barrier ya know. The barrier when they already have their own family and they seems to depart off from the big family. I hate that. Apa aku merepek ni? Ok tu je, assalamualaikum

Saiko

I wonder what had gotten into me before when I used to fight so strong just to be in this course. Babah agak tak suka saya amek course ni. Babah cakap, "You'll have no life." and "Once you step in that field, its equal to learn throughout ur whole life". Tapi saya yang dulu tak kesah ngan semua benda yang babah cakap. As long as he still supports me walaupun selalu cakap keburukan amek medic, I keep my head held high. Tak pandang belakang dah. I made my decision and that's it. No turning back. Tapi sekarang saya jadi keliru. Can I do this? Am I fit enough to be a good doctor? Can I diagnose correctly? Can I treat the patient the way I'm taught? Can I be like my lecturers who are super awesome? Can I? Bimbang. Keliru. Sometimes I feel like giving up. Rasa macam tak layak. Tengok semorang dah progress but me? Still kat takuk yang lama. Even worse, dah turun beberapa anak tangga.  I tried to talk to my close friends abut this. But no help at all....