Beberapa hari lepas aku amek third jab for hep B. Waktu kena cucuk tu yeah yeah saya heroin malaya memang adalah tidak menyakitkan walau sedikitpun tapi after 2 jam weehu weehu kebasnye tanganku. Serius menyengalkan mencucuk cucuk dan terkebas kebas. Drive pon guna sebelah tangan je. Sakit woo. Betul tak tipuu. So sesape yang belum kena third jab sila bersiap sedia ye, mentally and physically. :)
Oh today I am a housewife. Eh silap. Housemaid! Rumah yang kitorang baru pindah masuk ni adalah sangat mengotorkan. Banyak debu oh. So untuk mengelakkan diri sendiri mendapat pelbagai jenis penyakit dikemudian hari, aku mengexposekan diri sendiri dengan tons of debu and tons of fungi harini. Dan menggunakan tangan kiri yang di'jab' itu dengan sewenang wenangnya. Post-op? Ohh sakitnye oh mengahnye! Harap harap selsema ni selsema biasa bukan selsema burung ke apa. Sobs.
Kesian kasut pepel beriben tu. Tadi waktu membeli belah barang keperluan dapur aku tak terperasan kasut yang aku pakai tertanggal and tertinggal kat belakang. Hah. Itu menunjukkan betapa merewangnya otak aku pada waktu itu. Heheh. Nasib baik lantai tu sejukk kalau takk, mau aku tak perasan kasut takde kat kaki. Dah kronik nampaknya kelonggaran dan kelusuhan kasut tersebut. Sobs. Sedih.
Dannn harini bertambahlah parut ditangan. Sedihlah macam ni. Haritu termendapat parut waktu lap tingkap rumah. Harini dapat parut waktu cuci sinki. Hurr.. Sobs sobs sobs. Silly me. Selalu tercuai cuai. Haish.
Apa lagi yang ingin dimerepekkan? Ha! Betulke perempuan adalah sejenis kaum yang tidak pandai menyimpan rahsia? Hmm. Aku tak rasa benda tu betul. Kenapa aku berkata sedemikian? Kerana aku adalah makhluk berjenis perempuan and I think I keep secrets quite well. Ngiahahaha. Oh konfiden itu perlu!
- Posted using BlogPress from my iPad
Location:Exit B15,Cyberjaya,Malaysia
Comments
Post a Comment
♥..Share it..♥