Skip to main content

....shared by Nina


Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

Ya Allah,
Andai penantian ini ada jawapannya,
Pujuklah hati ini untuk setia dijalan yang KAU redha,
Hadirkan ketenangan agar tidak terkandas dalam kabus cinta,
Berikan pedoman agar rindu itu berpada-pada,
Iringilah Maluku berserta iman di dada,
Agar rasa kasih ini tidak mencalarkan maruah diri yang dijaga.

Tapi jika qada' dan qadar itu mengatakan sebaliknya,
Kurniai aku kekuatan untuk melaluinya,
Palingkanlah cinta ini untuk yang selayaknya,
Kerana aku insan yang tiada daya,
Maka bantulah aku melupakannya,
Jika itu takdirNYA..

Ya Allah..
Andai masih ada rindu,
Kupohon hilangkanlah ia dari hatiku,
Kerana ketidakpastian itu mengganggu,
Perasaan ini mengecewakan insan yang menunggu,
Aku tidak rela terusan terbelenggu,
Dalam pencarian permata berharga milikMU..

Ameen.

- Posted using BlogPress from my iPad

Comments

Popular posts from this blog

Aku dan Lipas.

I had terrible night last night. Siangnya pon agak terible jugakla. Dengan suara garau and muka yang hitam, kepala pusing plus temperature of 38.5 I could barely move. Bedridden. Weehu. And what make it worse? LIPAS. Had 2 scenes with lipas. First was, I found a freaking damn dead cockroach in my mihun tomyam. Imagine: I was like hungry to death and the cafe took like ages to deliver my food. Bila dah sampai I just dug in the food without doing the routine check. Suapan ke dua, I felt something strange about the tomyam. Rasa macam pelik. But keeps on eating cos LAPAR. On my 3rd suapan, I saw something weird floating on the spoon and as I took closer look, I screamed like it was no tomorrow. ADAKAH AKU TELAH MEMAKAN TOMYAM PERASA LIPAS? Omjayyyy!!! Called the cafe and explained the situation to a worker. Dengan pelat indon and bahasa melayu yang kurang mantapnya itu, she kept on asking whether I still kept the lipas I found in her tomyam. Seriously I feel like shouting at her on her f...

..It feels weird.

Perasaan pelik. Rasa happy but in the meantime rasa sedih waktu tengok gambar cousins aku yang berdua itu. We were so close when we were little girls tapi sekarang, masing masing dah ada hidup sendiri. Hala tuju sendiri. Semalam kak D kahwin. Gambar dah upload sikit kat facebook. Nak keluar air mata aku yang mentengok ni. Belum lagi mak long. Huish. Susah kan jadi mak? Jadi sila hargai ibu anda. Dan tadi jugak, sempat mengusha gambar kak S bertunang. Rasa macam ada rama rama dalam perut. Rasa macam nak jerit wah cantiknya kuat kuat and rasa cam nak cakap eee jelesnya. Motif? Heheh. So moral of the story is, semua dah besar panjang. Dah ada tanggungjawab masing masing. I hope everything about us won't change. How I wish adults don't have to create such barrier ya know. The barrier when they already have their own family and they seems to depart off from the big family. I hate that. Apa aku merepek ni? Ok tu je, assalamualaikum

Saiko

I wonder what had gotten into me before when I used to fight so strong just to be in this course. Babah agak tak suka saya amek course ni. Babah cakap, "You'll have no life." and "Once you step in that field, its equal to learn throughout ur whole life". Tapi saya yang dulu tak kesah ngan semua benda yang babah cakap. As long as he still supports me walaupun selalu cakap keburukan amek medic, I keep my head held high. Tak pandang belakang dah. I made my decision and that's it. No turning back. Tapi sekarang saya jadi keliru. Can I do this? Am I fit enough to be a good doctor? Can I diagnose correctly? Can I treat the patient the way I'm taught? Can I be like my lecturers who are super awesome? Can I? Bimbang. Keliru. Sometimes I feel like giving up. Rasa macam tak layak. Tengok semorang dah progress but me? Still kat takuk yang lama. Even worse, dah turun beberapa anak tangga.  I tried to talk to my close friends abut this. But no help at all....