Skip to main content

Tudung dan fesyen.

Aku perasan latest trend tudung is tudung bawal yang ada banyak tone warna tu. Cantik memang cantik tapi mak ai harganya, isk. Pon cantik jugak. Baik aku beli tudung instant yang kain tebal tu lagi bagus, eh. Tapi tu aku la, aku tak reti sangat nak berbawal bawal ni, lain orang lain cara.

Personally aku sangat suka pakai tudung instant yang ada awning tu. Firstly sebab aku takyah spend quite some time hanya kerana nak bentukkan tudung. Aku sarung je dah, done. Dah cantik dah bentuk dia. Secondly sebab takyah iron. Aku ni kan pemalas sesangat. Lagi lagi kalau hari Isnin, monday blues la katakan. Kalau boleh baju pon aku malas nak gosok, percayalah. Tapi untuk nampak kemas dan bertatasusila maka kemalasan harus diketepikan. Tudung tudung instant semua aku hand wash kan sebab takut awning tu rosak, so bila dibasuh tangan tanpa gunakan teknik perahan, tadaaa. Ready untuk dipakai tanpa perlu di iron. Senang kerja ai. Thirdly sebab senang nak sumbat stethoscope kalau pakai tudung tu. Kalau pakai tudung bawal susah sket cos aku akan pakai anak tudung ntuk cover leher so macam renyah yang amat masa nak menyumbat stet. Silap silap stet tersangkut sana sini dan tersengetlah tudung. So untuk cepat dan selamat, sarung je tudung instant.


Kat hospital memang femes amous tudung instant ni. Boleh kira ngan jari berapa orang je yang tak pakai tudung jenis ni. 


Ini adalah contoh contoh tak cukup tidur sebab onkol dan sangat perlukan baju yang tak perlu di iron. Mata bengkak. Studdent doctor lah kononnye, hakhak.


Ini. Sesuai digayakan ketika makan makan bersama rakan taulan.


Dan ini. Juga sesuai digayakan bila mood beli barang was turned on. Senang kalau nak solat, takyah berebut cermin dengan orang lain. Sarung je, pastu siap.

Masa mula mula trend shawl bermaharaja lela aku sangat kagum dengan mereka mereka yang mampu pakai shawl. Aku ni jenis manusia yang malas dan tak suka buat benda susah walaupun aku tau outcome nye agak memuaskan jadi aku tak pernah ada keinginan nak try pakai shawl. Sehinggalah satu hari, nini kasi aku satu shawl sebab dia cakap dia boring tengok muka aku asik pakai tudung instant, macam makcik katenye. So aku trylah pakai. Pakai kat rumah je pon, tapi seksanya masyaAllah. Setiap saat aku asyik betulkan bendalah tu so aku giveup. Snap sekeping gamba pastu tunjuk kat nini bukti aku pernah pakai shawl tu. Sorilah nini, aku memang tak masuk sangat dengan shawl shawl ni. Second attempt was masa retro party O&G. Adela dalam stengah jam je kot shawl tu bertahan kat kepala aku. Lemas, sesak nafas, panas semua ada. Last last aku pergi tukar shawl tu dengan tudung instant. LEGA. Perasaan lega tu sama macam kau dapat tidur waktu kau rasa sangat sangat sangat super mengantuk masa dalam kelas. Serius.

Shawl tu memang cantik. Aku suka tengok orang pakai shawl. Kalau kena gaya, nampak sangat comel dan kemas. Tapi kadang kadang aku tak faham kenapa perempuan perempuan ni suka pakai shawl sampai 4 helai then lilit lilit macam nak terbelit leher. Memanglah tak salah nak berfesyen tapi tujuan utama kita bertudung kan nak tutup aurat. Aurat tu termasuklah rambut, leher dan dada. Tapi kenapa perlu melebih lebih sampaikan diri sendiri tu dah susah nak bernafas sebab terbelit dengan shawl sendiri. Hm.

Sama jugak dengan baju, berlapis lapis. Kadang kadang sampai 2, 3 lapis baju and 2, 3 lapis skirt and seluar. (Pakai t-shirt pastu sarung spaghetti pastu cover dengan jaket, pastu pakai skirt pendek, pastu pakai seluar. Aku faham dorang buat macam tu sebab nak menutup aurat. Bagus, sangat bagus. Cuma, ntah. Rasa macam something wrong somewhere. 

Tapi tula, masing masing ada hak masing masing. Kalau kau rasa benda tu hodoh mungkin bagi aku benda tu cantik, so tak kisah la kan. Cuma satu peringatan yang aku nak kongsi bersama, naqibah usrah aku ada pesan, "We have to do something moderately, tapi kalau bab bab agama, takde tolak ansur". Maksudnya disini, kalau nak berfesyen tu boleh, tak salah pon. Cuma kena berpada pada. Aku pon perempuan so aku faham keinginan perempuan yang nak nampak cantik dan bergaya. Tapi sometimes cantik dan bergaya tu tak perlu ditayangkan untuk tontonan semua, dan cantik dan bergaya tak perlukan something yang over. Simple is pretty. Samalah jugak macam sayang or benci manusia, kena berpada pada. Eh? Tapi kalau bab bab agama contohnya perempuan tokleh pakai baju yang nipis maka adalah haram baginya pakai baju nipis. Takde tolak ansur dalam bab bab agama cos Islam ni indah. Semua yang Allah larang tu ada hikmahnya. Wallahualam. 

Kenapa tetibe meraban pasal tudung dan fesyen eh? Hm. Nasib koranglah. Hehe. Ok tu je, assalamualaikum

Comments

Popular posts from this blog

aku memang gedik!

Woha. I'm home and gosh super duper happy! Happier than pegi ice skating iteww. Puhleassse, 'itew'? WTH. Pi masuk tadika balik. Eja itu pon tak reti ke afi woi? Wakaka. Tadi waktu melangut dalam kereta segala macam jawapan soalan exam tetiba dengan sukarelanya mengeluarkan diri dari tempat persembunyian di antara celahan otak saya ini. Isk. Gedik mengada. Kenapa baru sekarang kau keluar? Pegila menyorok lagi!! Arghh. But on the bright side, at least I know that I KNOW what I am suppose to KNOW. So telan jela.  And you see while I was in the car, I signed in YM and guess what, terdapat seorang hamba Allah bernama M5 yang telah mencuba mengadd and menegur saya disitu. *sila maafkan ayat keling ini*. Our conversation went smooth pada permulaannya cos he acted like someone I know and we talked about something interesting which was good because I usually did that to confirm  the person adding me is a real HUMAN before I added him to my YM list.  But then he started to ...

..It feels weird.

Perasaan pelik. Rasa happy but in the meantime rasa sedih waktu tengok gambar cousins aku yang berdua itu. We were so close when we were little girls tapi sekarang, masing masing dah ada hidup sendiri. Hala tuju sendiri. Semalam kak D kahwin. Gambar dah upload sikit kat facebook. Nak keluar air mata aku yang mentengok ni. Belum lagi mak long. Huish. Susah kan jadi mak? Jadi sila hargai ibu anda. Dan tadi jugak, sempat mengusha gambar kak S bertunang. Rasa macam ada rama rama dalam perut. Rasa macam nak jerit wah cantiknya kuat kuat and rasa cam nak cakap eee jelesnya. Motif? Heheh. So moral of the story is, semua dah besar panjang. Dah ada tanggungjawab masing masing. I hope everything about us won't change. How I wish adults don't have to create such barrier ya know. The barrier when they already have their own family and they seems to depart off from the big family. I hate that. Apa aku merepek ni? Ok tu je, assalamualaikum

Saiko

I wonder what had gotten into me before when I used to fight so strong just to be in this course. Babah agak tak suka saya amek course ni. Babah cakap, "You'll have no life." and "Once you step in that field, its equal to learn throughout ur whole life". Tapi saya yang dulu tak kesah ngan semua benda yang babah cakap. As long as he still supports me walaupun selalu cakap keburukan amek medic, I keep my head held high. Tak pandang belakang dah. I made my decision and that's it. No turning back. Tapi sekarang saya jadi keliru. Can I do this? Am I fit enough to be a good doctor? Can I diagnose correctly? Can I treat the patient the way I'm taught? Can I be like my lecturers who are super awesome? Can I? Bimbang. Keliru. Sometimes I feel like giving up. Rasa macam tak layak. Tengok semorang dah progress but me? Still kat takuk yang lama. Even worse, dah turun beberapa anak tangga.  I tried to talk to my close friends abut this. But no help at all....