Skip to main content

Kisah Penunggang Motorsikal 1

Tajuk macam karangan berita harian, hewhew. Anyhoo, sekarang kan aku tengah posting orthopaedics (tulang belulang) and masa attachment clinic kat Melaka haritu, aku terjumpa seorang patient yang survive after a very bad bad bad motorvehicle accident (MVA). Aku tak sure mechanism of injury of that patient, tapi yang aku tau dia penunggang motorsikal. 

Ni pon termasuk kategori motorsikal ke?

And this patient, dia terpaksa menggunakan tongkat or crutches selama 6 bulan cos kaki kanan beliau dah tak normal. Takde tempurung lutut or patella dah. Semua dah hancur, so korang bayangkanlah dia punya kaki kanan tu tak boleh bengkok sangat, and kat tempat tempurung lutut tu semua flat je plus parut besar due to skin grafting. Wuuhu. Yang lagi kesian, mata kiri (eyeball) beliau hancur dan yang tinggal cuma soket mata yang kosong. Its not a pleasant thing to see especially for the kids tapi nak buat cemane, nak dapatkan eyeball palsu bukan seminggu dua ye adik adik. 

Kesian patient tu, dia muda lagi. Dan yang paling terpenting masih bujang. Aku harap perjalanan hidup dia takkan sesusah yang semorang jangka, insyaAllah. 

bayangkan pakai bendalah ni for 6 months. 6 months is a long period yoww!

Jadi moral of the story, kepada penunggang motorsikal di luar sana, silalah sentiasa mengamalkan sikap berhati hati. Memanglah kalau benda dah nak jadi maka ianya akan terjadi tapi sebagai seorang manusia berakal fikiran, kita semua haruslah sentiasa berwaspada, ye dak? Teringat kata kata Dr F kat sorang patient, "Badan kita ni Allah bagi pinjam je, sama macam kereta yang kau pinjam dari bapak kau tu. Kereta pon orang jaga baik baik apatah lagi badan." 

Dan ye, kepada semua penunggang motorsikal silalah sentiasa applykan safety measures yang dah diajar oleh JPJ seperti pemakaian topi keledar dengan betul dan juga jaket keselamatan. Kalau korang pakai topi keledar tapi tak ikat betul betul kesan dia sama je macam tak pakai topi keledar. So, sila ketatkan topi keledar anda. Lagi satu, kalau dah malas sangat nak pakai jaket keselamatan yang colour terang amaaat tu sila jangan pakai baju gelap. Pakai baju kaler striking sket so that others can see you. Kalau rasa nak sangat pakai baju gelap sila tempek bendalah glow in the dark tu kat tshirt anda. Boleh? At least pentakut macam aku tau lah ada objek bergerak kat situ walaupun nampak bentuk bentuk bendalah glow in the dark tu je. Wuuuuuuuuu.

Ingin ditegaskan sekali lagi, silalah mengamalkan sikap berhati hati dijalan raya, ingatlah orang tersayang. Ingat aku pon boleh, eh. Ok tu je, assalamualaikum

Comments

  1. hati2 dijalan raya ingatlah orang yang tersayang :)

    ReplyDelete
  2. jangankan motosikal..basikal pun sy xreti bawak..haha
    btw ..kpd penunggang motosikal kena hati-hati..xnak jadi mcm kisah diatas ni ..effect dgn mata..lutut semua huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu baru mata ngan lutut, belum cerita lagi part lain, hehe. So penunggang motor sila ikut saranan cik suara hati :)

      Delete
  3. saya nak folow tapi nak folow kat mana join this site tak nampak?

    ReplyDelete
  4. dah jumpa ..lambat kuar pulak folower .saya dah folow ye folow balik nanti...

    ReplyDelete

Post a Comment

♥..Share it..♥

Popular posts from this blog

Turning down the awaited offer

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan izin Allah, aku ditawarkan kerja di tempat itu. Tapi dengan izin Allah juga, Allah buka hijab hijab yang terselindung. In the end, I turned down the job offer. Its ok, pat on my back; at least aku dapat pengalaman attending online interview dan juga pengalaman berurusan dengan HR. Jadi sekarang, aku kena atur strategi baru, dan aku cuba follow advice my best companion, slowly dan take one step in a time.  Entah kenapa perasaan lega bertandang sedangkan aku yang membenarkan diri sendiri terjebak. Haha. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. 

aku memang gedik!

Woha. I'm home and gosh super duper happy! Happier than pegi ice skating iteww. Puhleassse, 'itew'? WTH. Pi masuk tadika balik. Eja itu pon tak reti ke afi woi? Wakaka. Tadi waktu melangut dalam kereta segala macam jawapan soalan exam tetiba dengan sukarelanya mengeluarkan diri dari tempat persembunyian di antara celahan otak saya ini. Isk. Gedik mengada. Kenapa baru sekarang kau keluar? Pegila menyorok lagi!! Arghh. But on the bright side, at least I know that I KNOW what I am suppose to KNOW. So telan jela.  And you see while I was in the car, I signed in YM and guess what, terdapat seorang hamba Allah bernama M5 yang telah mencuba mengadd and menegur saya disitu. *sila maafkan ayat keling ini*. Our conversation went smooth pada permulaannya cos he acted like someone I know and we talked about something interesting which was good because I usually did that to confirm  the person adding me is a real HUMAN before I added him to my YM list.  But then he started to act wei

Kau nak tackle dia?

Stumbled upon this music video while I was surfing. The lyrics had me thinking hard, and deeepp. She wants someone perfect, but who is. Who is? Hm. Cuba untuk berfikir dari sudut yang berbeza. Aku perempuan, jadi sedikit sebanyak cara pemikiran aku akan sama dengan perempuan perempuan lain. Setahu aku, perempuan yang ordinary, please exclude the extraordinary takdelah demanding sangat nakkan lelaki yang semua stok perfect tip top je. Nobody's perfect, kami tahu! Semua orang mesti ada kekurangan dan kelebihan masing masing. That is why Allah cakap isteri pelengkap suami, adam pelengkap hawa. Bila single, no one is perfect tapi bila double, kesempurnaan itu insyaAllah dapat dicapai. Macam pakar motivasi plak rasenye bila bincangkan soal soal macamni hewhew. Berbalik pada isu tadi, sepanjang pemerhatian aku yang tak beberapa tajam ni, aku perasan perempuan ni mesti ada x-factor yang dia harapkan dari seorang lelaki. X-factor tu bertindak macam potion yang menutup sega