Skip to main content

Kisah Penunggang Motorsikal 2

Warning: Entri ni panjang, sila jangan muntah, hewhew.

Sebelum ni posting di Melaka adalah sesuatu yang dinanti nanti oleh aku. Sebab ape? Sebab aku suka makanan kat sana andddd aku suka cendol akak kat tepi pantai Pengkalan Balak tu. Tapi disebabkan cendol akak tu dah tutup, maka kuranglah satu tempat menarik yang harus dijejaki sepanjang berada kat sana. Aku suka Melaka sebab kawasan tempat aku tinggal tu kawasan kampung, so adalah sangat tenang dan nyaman. Lagi lagi kalau time hujan, memang menusuk kalbu. Memang lambatlah aku bangun, bergulung dalam selimut je, hewhew.

Tenang kan? tapi ni bukan Terendaklaa. source; pokcik gugel.

Semua tanggapan baik baik terhakis kerana seorang penunggang motorsikal ni. Beliau adalah seorang pakcik yang nak kata tua takdelah tua sangat tapi tak muda lah, middle age kot. Satu petang tu aku ngan rumate pegi makan ABC kat simpang jalan on the way balik resort. Then after makan kitorang singgah amek baju kat kedai dobi which is 2 or 3 minutes away from the ABC stall. Bila dah kat kedai dobi tu tetiba aku terperasan seorang pakcik ni duk hon hon and stop tepi kereta. Bila aku turunkan cermin je tetiba dia cakap "Awak nak langgar pakcik ke tadi??" Terkejut lah aku ditengking sebegitu rupa. Aku duk fikir fikir dan fikir, bila masa pulaknye aku nak terlanggar pakcik ni. Bila aku tengok betul betul muka dia aku terdetik 'pakcik ni lah yang dari arah bertentangan and macam tak balance sangat ngan motor dia time belok ke selekoh sebelum sampai ke selekoh yang dia cakap aku nak langgar dia tu.' Agak berbelit ayat itu ye, harap difahami.

Aku cuba bertenang, pastu tetiba dia cakap lagi "Kenapa berhenti kat sini? Awak nak lari ke? Saya tau awak tinggal kat resort belakang tu, bla bla bla semua orang kat sini kenal saya bla bla bla" Sumpah masa tu aku rasa kepala aku jadi panas cos dia langsung tak bagi aku peluang bercakap. Then aku cakap elok elok dengan pakcik tu yang sebenarnya aku nak amek baju dobi sebab tu aku berhenti kat KEDAI DOBI pastu dia terdiam. 

Pakcik tu claim aku bawak kereta laju and bila sampai kat selekoh aku macam amek jalan dia so dia terbabas ke tepi. Masa tu aku dah dihantui rasa bersalah sebab dia cakap dia terbabas. Oh mungkin betul aku bawak laju, oh mungkin betul aku dah teramek jalan dia. So memang banyak kali aku mintak maaf. Sumpah masa tu aku rasa nak buat physical examination kat dia or bawak dia pergi hospital tapi aku takut nak keluar dari kereta. Bukan apa, aku takut dia lempang aku. Dari sinar mata (err) dia tu aku macam ternampak nampak api menyala nyala, so aku memang tak berani.

aku tak berani, kau berani?

Adalah dalam 10 or 15 minit jugak dia duk menengking dan keje aku masa tu mintak maaf and backup diri sendiri dengan mengatakan, aku yakin speed aku masa tu adalah 30km/hr ke bawah cos aku baru je start pemanduan dari kedai ABC selekoh so manelah sempat nak menyepeed bagai plus aku memang tak tekan accelarator langsung just control brake bla bla. Lastly pakcik ni concludekan perdebatan itu dengan ayat "saya ni bukan orang baik baik tau, bla bla bla". Makin kecutlah segala organ dibadan aku waktu tu and waktu tu jugaklah aku rasa memang nasihat Rasulullah supaya perempuan bermusafir dengan mahram adalah sangat perlu diapply! Sumpah masa tu aku rasa nak berlari larian balik and heret babah datang Melaka tapi nehi babuji, babahku banyak tanggungjawab lain lagi.

After pakcik tu dah blah, rumate aku peluk aku and menitiklah air mata. Aku tak menangis sebab takut cos aku pasti paling banyak pon 50% je salah aku cuma aku terkejut sebab tu boleh termenangis jugak. Aku jarang ditengking, paling banyak pon 2 or 3 ayat so bila selesai sesi tengkingan selama 15 minit memang kecutlah organ organ ai sobs.

Esoknya masa nak gi lunch tetiba aku terserempak lagi dengan pakcik ni kat main road dengan berbaju melayu dan no helmet. Masa tu speed aku ialah 60km/hr and waktu aku perasan pakcik tu aku slow down and bagitau rumate. Rumate dengan pantasnya toleh kebelakang tapi tadaa, pakcik tu dah lesap. Bila aku fikir fikir balik, haritu tu aku atau dia yang speeding sebenarnya? Hm.

Lepas kejadian tu aku macam fobia sikit nak keluar resort cos teringat kata kata pakcik tu claiming that dia bukan orang baik baik. Aku risau kalau aku terserempak dia kat mana mana dia lempang aku ke or dia langgar aku ke. Paranoid overload. Hurr. Rasa cam nak terbang balik Putrajaya that instant. Nasib baik kejadian tu berlaku pada hari Rabu so aku perlu bersabar untuk 2 hari je lagi. Hari Jumaat after class terus balik Putrajaya, takdenye nak singgah mana mana dah. Ala ala no turning back gitu, straight je sampai rumah. Hurr.

Sepanjang pemerhatian selama 3 minggu kat sana, banyak kali aku terserempak dengan penunggang motorsikal yang duk tunggang motor malam malam pakai baju gelap, takde helmet and motor tu takde lampu. Bila dia lalu kat bawah lampu jalan baru aku perasan kewujudan dia. Bahaya? Memang bahaya! Tapi aku tak berani nak tegur lebih lebih. Karang tak pasal pasal aku dihalau or dibanned dari kampung.

Kadang kadang mentaliti masyarakat kat kawasan kampung ni lain sikit. Maksud aku dari segi bawak motor lah cos diorang tend to think "oh takpe kereta sini semua pelan pelan je takyah pakai topi keledar pon takpe" or "takpe, pemandu kereta kat sini semua aku kenal so takkan ada nye orang nak langgar aku" or "takpe, kawasan kampung tak banyak eksiden" dan macam macam lagi. Tapi diorang lupa, dalam rumah sendiri pon Allah boleh tarik nyawa diorang tu lagikan di jalan raya. Isk. Ok tu je, assalamualaikum

Comments

Popular posts from this blog

aku memang gedik!

Woha. I'm home and gosh super duper happy! Happier than pegi ice skating iteww. Puhleassse, 'itew'? WTH. Pi masuk tadika balik. Eja itu pon tak reti ke afi woi? Wakaka. Tadi waktu melangut dalam kereta segala macam jawapan soalan exam tetiba dengan sukarelanya mengeluarkan diri dari tempat persembunyian di antara celahan otak saya ini. Isk. Gedik mengada. Kenapa baru sekarang kau keluar? Pegila menyorok lagi!! Arghh. But on the bright side, at least I know that I KNOW what I am suppose to KNOW. So telan jela.  And you see while I was in the car, I signed in YM and guess what, terdapat seorang hamba Allah bernama M5 yang telah mencuba mengadd and menegur saya disitu. *sila maafkan ayat keling ini*. Our conversation went smooth pada permulaannya cos he acted like someone I know and we talked about something interesting which was good because I usually did that to confirm  the person adding me is a real HUMAN before I added him to my YM list.  But then he started to ...

..It feels weird.

Perasaan pelik. Rasa happy but in the meantime rasa sedih waktu tengok gambar cousins aku yang berdua itu. We were so close when we were little girls tapi sekarang, masing masing dah ada hidup sendiri. Hala tuju sendiri. Semalam kak D kahwin. Gambar dah upload sikit kat facebook. Nak keluar air mata aku yang mentengok ni. Belum lagi mak long. Huish. Susah kan jadi mak? Jadi sila hargai ibu anda. Dan tadi jugak, sempat mengusha gambar kak S bertunang. Rasa macam ada rama rama dalam perut. Rasa macam nak jerit wah cantiknya kuat kuat and rasa cam nak cakap eee jelesnya. Motif? Heheh. So moral of the story is, semua dah besar panjang. Dah ada tanggungjawab masing masing. I hope everything about us won't change. How I wish adults don't have to create such barrier ya know. The barrier when they already have their own family and they seems to depart off from the big family. I hate that. Apa aku merepek ni? Ok tu je, assalamualaikum

Saiko

I wonder what had gotten into me before when I used to fight so strong just to be in this course. Babah agak tak suka saya amek course ni. Babah cakap, "You'll have no life." and "Once you step in that field, its equal to learn throughout ur whole life". Tapi saya yang dulu tak kesah ngan semua benda yang babah cakap. As long as he still supports me walaupun selalu cakap keburukan amek medic, I keep my head held high. Tak pandang belakang dah. I made my decision and that's it. No turning back. Tapi sekarang saya jadi keliru. Can I do this? Am I fit enough to be a good doctor? Can I diagnose correctly? Can I treat the patient the way I'm taught? Can I be like my lecturers who are super awesome? Can I? Bimbang. Keliru. Sometimes I feel like giving up. Rasa macam tak layak. Tengok semorang dah progress but me? Still kat takuk yang lama. Even worse, dah turun beberapa anak tangga.  I tried to talk to my close friends abut this. But no help at all....