Woman and suprises.
Who doesn't love them suprises??
Ekceli dulu dulu aku adalah manusia yang paling tak suka kejutan. Rasa macam erghh apeni tak suka lah surprise surprise ni, tak tahulah nak reaksi macam mana erghh kenapa kenapa nak kena bagi surprise buat jelah macam biasa tak payah nak surprise surprise gitew.
Tapi bila dah makin tua ni lain pulak perangainya. Kekadang berangan sendiri dapat surprise dari encik laki. kahkah. Biasa lah orang pjj meroyan sikit. Surprise yang diharapkan tak lain tak bukan, bila balik rumah je tersembul wajah tenang encik suami. Begitulah hendaknya. Tapi dah nama pon suprise kan so of course lah takkan berlaku hari hari. Kalau ada maksudnya kau bermimpi.
Kalau dulu sebelum kahwin aku selalu risau macam mana nak react kalau suami buat surprise. Terjadinya fikiran macam ni adalah sebab dia pernah buat surprise bagi hadiah besar gabak out of nothing, maksudnye time tu takde event special pon. Tapi laki aku ni pon boleh tahan pelik jugak, kalau event pape yang memerlukan hadiah and aku pon dah bersiap sedia untuk terkejut, takdenye aku terkejut. Tapi bila takde perisai hamekau. Senak perut tahan kencing sebab terkejut.
Sepanjang almost 3 years of marriage, adela beberapa kali dia bagi kejutan. Tapi kejutan yang paling terkejut sampai sekarang ialah hadiah triple combo dia ni. Hadiah apa takpayahlah aku tulis, bukan apa takut nanti ada yang kata aku riak, cuma cukuplah aku cakap, hadiah dia ni walaupun bagi orang lain tak seberapa, tapi bagi aku emas yang sangat berharga. Dah lama aku teringin, dan dah lama meng'usha' sambil kumpul duit. Tak sangka dengan macho nya dia bawak aku masuk kedai sambil perkenalkan aku sebagai isteri dan beli 'impian' aku itu. :')
Tapi dia kata, hadiah tu triple combo. Hadiah birthday sama hadiah beranakkan ZH dan bakal beranakkan baby baru. Triple okeyy. Luls. Baiklah kanda, adinda terima seadanya. Cuma harapnya selepas ini lambat lagilah hadiah sebab beranakkan anak kite ye. Cukuplah dua dulu. Semput dah ibu.
Apa yang aku perati, surprises ni actually can make your relationship stronger. Especially kalau benda benda suprise tu benda yang romantic. Contoh dulu, aku pernah bagi suprise birthday present iPhone kat F, tapi aku tahu dia tak suka iPhone sebab dia ni peminat tegar android, tapi reaksi dia sangat di luar jangkaan. Aku ingatkan dia eksaited biasa biasa je, tapi turned out aku tak pernah tengok dia se eksaited tu. Maksudnye di sini, kalau kau sayang kat orang tu, bukan suprise yang dia bagi tu yang kau pandang, tapi usaha suprise itu sendiri.
Penat perempuan ni pon kekadang boleh diubati dengan surprises. Surprise ni tak semestinye bentuk material. Cuba kalau kau surprisekan bini kau dengan masak sarapan pagi and let her have her breakfast in bed sambil kau urut badan dia, waaah. InshaaAllah kau dapat makan tengahari sedap haritu. Terus hantu masak dia bangun kalau kena suprise macam tu. Lagi lagi kalau yang kerja macam aku ni. *hint hint* :D Kalau yang lelaki pulak, cuba kau surprisekan laki kau dengan suruh dia main dota je satu hari mesti lepas tu dia layan kau macam queen gitu. kahkah.
And kalau bini kau ni tengah marah ke, merajuk ke, cuba kau buat surprise berbentuk kerajinan contohnya kau tolong basuh baju, kemas rumah, mandikan anak dan sebagainya. I bet she would calm down and terus lenyap api kemarahan tu sebab dah rehat, ngeheh. Yang ni memang F selalu sangat buat sebab aku selalu marah marah tak tentu hala sebab penat. Lagi lagi bila dah pregnant. Kesian laki aku, sabar sungguh dia. Kalau orang lain mungkin dah makan lempang kot aku ni kahkah.
WOW. Betapa hebatnye surprises ni. Maksudnya disini, kau kena selalulah buat surprise kat suami/isteri kau. Cuma aku nasihatkan janganlah kau bagi suprise yang merepek repek or suprise bagi madu kat bini kau tu. Yang tu aku tak leh jamin ape outcome nye. Samaada kau masuk kubur terus atau koma jap 14 hari kahkah.
Surprises is actually a secret ingredient to happy marriage.
WOW. Betapa hebatnye surprises ni. Maksudnya disini, kau kena selalulah buat surprise kat suami/isteri kau. Cuma aku nasihatkan janganlah kau bagi suprise yang merepek repek or suprise bagi madu kat bini kau tu. Yang tu aku tak leh jamin ape outcome nye. Samaada kau masuk kubur terus atau koma jap 14 hari kahkah.
Ok tu je, assalamualaikum
Comments
Post a Comment
♥..Share it..♥