August 02, 2017

Bila Kau Beranak

So....Normal ke celah tingkap?

Soalan biasa bila orang tau kita dah beranak. Kadang kadang diorang ni takde pon tanya ibu ok ke anak sihat ke, yang dia sibuk nak tau method ape kau keluarkan anak tu, 😂


Pastu, ulasan seterusnya boleh jadi mencabar kepada emosi ibu ibu yang dah bersalin ni. Kalau yang bersalin sizer biasanya berbunyi begini
- ha punggung kecik la tu anak tak lepas. Nasib baik punggung aku besar. Ooo anak kau keluar kot punggung?
- Ni mesti sebab tak pandai teran ni. Pergi kelas antenatal x? Kalau pergi memang konfem beranak normal eh?
- Anak besar sangat la tu. Dulu masa mengandung suka makan ais ke? Oh mungkin makan ais anak jadi kembang sebab dia pon sama kunyah ais dalam perut. 🤣


Kalau beranak normal pulak
- Ha bolehla beranak lagi taun depan. Kalau beranak normal takpe anak rapat rapat. Kau ingat aku kilang buat anak?
- Biasa kalau beranak normal ni cepat recover. Oh ye eh? Habistu kalau beranak normal ni dia sejenis yang cepat sembuh sebab mengandung 9 hari je eh?
- Beranak normal tak sakit. Kecik besau kecik besau aku tengok orang yang melontarkan perkataan ni. Dia ingat orang beranak normal ni takde contraction bagai hembus nafas je selepuk terus keluar baby? Hadoilah nye pon.


Second SVD (spontaneous vaginal delivery) ni seriously buat aku serik nak beranak. Teringat ingat lagi sakit masa mengandung, sakit masa beranak, dannn seksa sembelit lepas beranak 😂😂 tapi suami cakap nak zulaikha pulak. Hadoi. Tunggulah 6-7 tahun akan datang. InshaaAllah kalau ada rezeki

- Posted using BlogPress from my iPhone

No comments:

Post a Comment

♥..Drop it..♥