July 12, 2012

..Sedekahkan Al-Fatihah, please :')

Malam ni dah masuk malam kedua arwah atos sedara aku, tok su meninggal. Terima kasih to those who prayed for him. Dan sekali lagi aku nak mintak belas ihsan korang, jom sama sama sedekahkan Al-Fatihah untuk beliau. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan dijauhi segala seksaan seksaan kubur amiin. 

Aku dapat tau berita pasal arwah tengahari semalam. Luckily we were on our way to Kuala Terengganu ntuk service kereta so on our way back, we made a stop to his house. Suasana kat sana suram. Sangat suram. Even the kids understand the situation and they were well behaved. Semua duduk teratur kat beranda  and as far as I observed they were trying so hard to not make any noise. Comel. :)

Walaupun arwah takdelah rapat sangat dengan aku tapi setiap kali aku pergi rumah arwah waktu raya or kenduri, arwah akan selalu pesan, 'Belajar rajin rajin kak long. Biar sampai jadi dokter'. That was what he told me many years back. InsyaAllah Tok Su, I will be a doctor in 2 years time. InsyaAllah. :')

I tried to not make any eye contact with the sons and the daughters cos I know I would start crying too. The daughters were very affected with the lost, of course they would. They could not stop crying especially after he was safely placed in liang lahad. Then bila semua dah balik dari kubur aku perasan the sons would go to their offspring, cium cium, peluk peluk anak dorang. Bila tengok anak anak dorang lap air mata, haih.. sayu hati aku. Betullah orang cakap, ubat kesedihan seorang ayah adalah seorang anak. So kawan kawan, silalah jadi ubat ye, bukan racun. Peringatan untuk diri sendiri jugak. 

Bila sampai masa kitorang nak balik, aku bersalaman dengan one of the daughter. Waktu salam tu dia peluk aku, mohon kekuatan. Aku bisik kat telinga dia "sabarlah akak, insyaAllah ini yang terbaik". She cried. Aku lagilah sedih kan. Cuba untuk tak menangis dan senyum seikhlas mungkin. Bila aku teringat balik scene tu aku jadi takut. Aku harap akak tu tak tersalah faham dengan apa yang aku cakap. Maksud aku insyaAllah ini yang terbaik ialah mungkin Allah jemput ayah dia sekarang to lessen the pain that he suffered from. Aku harapppppp sangat sangat akak tu tak tersalah faham, oh Allah please jangan biarkan dia salah faham. Sobs. 

Actually I came out with those line cos I said that to one of the patient's relative long time ago. Patient aku tu ada HIV positive and he was warded due to high fever which leads to sepsis and he passed away on table. Waktu isteri beliau datang and peluk aku, kata kata tulah yang aku bisikkan kat telinga dia and she cried on my shoulder while saying thank you. I knew it was the right thing to say due to some reasons tapi dalam case akak ni.. Allah. Aku sangat harap dia faham apa yang aku cuba sampaikan. Sobs. 

Dan korang, please ye. Sedekahkan Al-Fatihah buat arwah tok su. Terima kasih sangat sangat. :) Ok tu je, assalamualaikum

2 comments:

♥..Drop it..♥