Skip to main content

..aku dan maruahku

Sebagai pelajar perubatan, aku sedar bahawa menjaga pergaulan dan batas batasan di antara hawa dan adam adalah sukar. Lebih lebih lagi jika ianya melibatkan pelajaran atau secara spesifiknya latihan diantara pesakit simulasi dan juga doktor simulasi. Sesetengah pendapat mengatakan, jika tujuannya adalah untuk belajar, maka sesetengah hal yang haram adalah diharuskan tapi bagiku, sesetengah hal hal itu masih boleh dielakkan jika kita berusaha untuk melakukannya.

Dan aku yang lemah dan malas untuk berusaha lebih selesa mengikut trend yang ada iaitu, "persentuhan kulit di antara lelaki dan perempuan adalah dibolehkan kerana kita adalah pelajar dan tujuan kita adalah untuk belajar". Sehinggalah aku menjadi diri aku yang sekarang. Seperti sudah immune dengan persekitaran itu dan ternyata, hal ini menyukarkan aku untuk menjaga pergaulanku dan juga maruahku.

Jika dulu aku adalah seorang wanita yang begitu segan dekelilingi lelaki namun sekarang, aku menjadi wanita yang betah bercakap dan bergerak bebas disekeliling lelaki. Kadang kadang aku tertanya tanya apakah benar jalan yang ku ambil kerana imanku yang senipis kulit bawang ini sangat rapuh dan aku bukan wanita hebat yang boleh menangkis segala fitnah dunia.

Bukanlah aku mengecam pergaulan diantara lelaki dan wanita atau melarang perhubungan di antara dua kaum ini sepenuhnya tetapi Islam yang indah ini sudah menetapkan syarat, panduan dan landasan yang betul untuk umatnya. Dan seharusnya kita umat Islam mengikut landasan dan ajaran itu.

Jauh disudut hati aku pasti segala yang aku lalui ini adalah persiapan untuk aku menjadi lebih mantap dimasa hadapan. Cemuhan atau tohmahan yang kadang kala terdengar di cuping telingaku taktala aku cuba mengelakkan diriku daripada melakukan perkara perkara yang sepatutnya dielak membuatkan aku menjadi lebih kental mempertahankan maruahku sebagai seorang wanita. Ya. Aku setuju bahawa segala yang dilakukan ini adalah bertujuan untuk pelajaran tapi selebihnya bagaimana? Yang mampu dielak dan diganti itu juga bagaimana halnya kawan kawan? Aku sedih melihat mereka begitu, tetapi aku juga sedih kerana diriku sudah berubah menjadi begini. Dan sekarang satu yang ku tahu, aku perlu terus kuat untuk mempertahankan maruah wanitaku.

- Posted using BlogPress from my iPad

Comments

  1. a good reflection my dear..
    kte kne selalu bermuhasabah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Feeyaah! Kte rindu awk, tahu. Heheh.
      Yep. Kn slalu bermuhasabah. Awk jgn lupa ingatkn kte muhasabah diri ye. :)

      Delete

Post a Comment

♥..Share it..♥

Popular posts from this blog

Doktor Sakit Puan

Sebab aku perempuan, dan pesakit aku semua nya perempuan. Women only. Exclusive kan? Macam tulah Allah jaga aku, with His own ways. Heyy bukan senang aku nak cool je dengan tittle MO O&G ni. Makan dalam bertahun kot. Sobs. Dari student benci gila subjek O&G, sekarang amekau. Sobs lagi sekali. Being in this department wasn't my choice. Family person macam aku ni akan minta dijauhi dari O&G sumpah tak tipu, tapi nak wat acanerr aku insan terpilih. Lepas kena campak kat sini memang jatuh terduduk, tergolek, terdampar. Sampai sekarang masih cuba buang dendam pada dia yang campak aku kat lubang gelap ni walaupun sebenarnya dah agak agak boleh terima hakikat. Kalau terserempak dengan dia mesti akan terngiang ngiang ayat I resent you  Fuhh dia punya dendam tak hengat. Tak pernah aku berdendam macam ni seuumur hidup. Now slowly tengah buang dendam sebab dah boleh terima kenyataan, KOT. Kenapa aku tak suka/ separa benci pada O&G? Sebabnye ...

Aku dan Lipas.

I had terrible night last night. Siangnya pon agak terible jugakla. Dengan suara garau and muka yang hitam, kepala pusing plus temperature of 38.5 I could barely move. Bedridden. Weehu. And what make it worse? LIPAS. Had 2 scenes with lipas. First was, I found a freaking damn dead cockroach in my mihun tomyam. Imagine: I was like hungry to death and the cafe took like ages to deliver my food. Bila dah sampai I just dug in the food without doing the routine check. Suapan ke dua, I felt something strange about the tomyam. Rasa macam pelik. But keeps on eating cos LAPAR. On my 3rd suapan, I saw something weird floating on the spoon and as I took closer look, I screamed like it was no tomorrow. ADAKAH AKU TELAH MEMAKAN TOMYAM PERASA LIPAS? Omjayyyy!!! Called the cafe and explained the situation to a worker. Dengan pelat indon and bahasa melayu yang kurang mantapnya itu, she kept on asking whether I still kept the lipas I found in her tomyam. Seriously I feel like shouting at her on her f...

Saiko

I wonder what had gotten into me before when I used to fight so strong just to be in this course. Babah agak tak suka saya amek course ni. Babah cakap, "You'll have no life." and "Once you step in that field, its equal to learn throughout ur whole life". Tapi saya yang dulu tak kesah ngan semua benda yang babah cakap. As long as he still supports me walaupun selalu cakap keburukan amek medic, I keep my head held high. Tak pandang belakang dah. I made my decision and that's it. No turning back. Tapi sekarang saya jadi keliru. Can I do this? Am I fit enough to be a good doctor? Can I diagnose correctly? Can I treat the patient the way I'm taught? Can I be like my lecturers who are super awesome? Can I? Bimbang. Keliru. Sometimes I feel like giving up. Rasa macam tak layak. Tengok semorang dah progress but me? Still kat takuk yang lama. Even worse, dah turun beberapa anak tangga.  I tried to talk to my close friends abut this. But no help at all....