Skip to main content

..aku dan maruahku

Sebagai pelajar perubatan, aku sedar bahawa menjaga pergaulan dan batas batasan di antara hawa dan adam adalah sukar. Lebih lebih lagi jika ianya melibatkan pelajaran atau secara spesifiknya latihan diantara pesakit simulasi dan juga doktor simulasi. Sesetengah pendapat mengatakan, jika tujuannya adalah untuk belajar, maka sesetengah hal yang haram adalah diharuskan tapi bagiku, sesetengah hal hal itu masih boleh dielakkan jika kita berusaha untuk melakukannya.

Dan aku yang lemah dan malas untuk berusaha lebih selesa mengikut trend yang ada iaitu, "persentuhan kulit di antara lelaki dan perempuan adalah dibolehkan kerana kita adalah pelajar dan tujuan kita adalah untuk belajar". Sehinggalah aku menjadi diri aku yang sekarang. Seperti sudah immune dengan persekitaran itu dan ternyata, hal ini menyukarkan aku untuk menjaga pergaulanku dan juga maruahku.

Jika dulu aku adalah seorang wanita yang begitu segan dekelilingi lelaki namun sekarang, aku menjadi wanita yang betah bercakap dan bergerak bebas disekeliling lelaki. Kadang kadang aku tertanya tanya apakah benar jalan yang ku ambil kerana imanku yang senipis kulit bawang ini sangat rapuh dan aku bukan wanita hebat yang boleh menangkis segala fitnah dunia.

Bukanlah aku mengecam pergaulan diantara lelaki dan wanita atau melarang perhubungan di antara dua kaum ini sepenuhnya tetapi Islam yang indah ini sudah menetapkan syarat, panduan dan landasan yang betul untuk umatnya. Dan seharusnya kita umat Islam mengikut landasan dan ajaran itu.

Jauh disudut hati aku pasti segala yang aku lalui ini adalah persiapan untuk aku menjadi lebih mantap dimasa hadapan. Cemuhan atau tohmahan yang kadang kala terdengar di cuping telingaku taktala aku cuba mengelakkan diriku daripada melakukan perkara perkara yang sepatutnya dielak membuatkan aku menjadi lebih kental mempertahankan maruahku sebagai seorang wanita. Ya. Aku setuju bahawa segala yang dilakukan ini adalah bertujuan untuk pelajaran tapi selebihnya bagaimana? Yang mampu dielak dan diganti itu juga bagaimana halnya kawan kawan? Aku sedih melihat mereka begitu, tetapi aku juga sedih kerana diriku sudah berubah menjadi begini. Dan sekarang satu yang ku tahu, aku perlu terus kuat untuk mempertahankan maruah wanitaku.

- Posted using BlogPress from my iPad

Comments

  1. a good reflection my dear..
    kte kne selalu bermuhasabah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Feeyaah! Kte rindu awk, tahu. Heheh.
      Yep. Kn slalu bermuhasabah. Awk jgn lupa ingatkn kte muhasabah diri ye. :)

      Delete

Post a Comment

♥..Share it..♥

Popular posts from this blog

Turning down the awaited offer

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan izin Allah, aku ditawarkan kerja di tempat itu. Tapi dengan izin Allah juga, Allah buka hijab hijab yang terselindung. In the end, I turned down the job offer. Its ok, pat on my back; at least aku dapat pengalaman attending online interview dan juga pengalaman berurusan dengan HR. Jadi sekarang, aku kena atur strategi baru, dan aku cuba follow advice my best companion, slowly dan take one step in a time.  Entah kenapa perasaan lega bertandang sedangkan aku yang membenarkan diri sendiri terjebak. Haha. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. 

aku memang gedik!

Woha. I'm home and gosh super duper happy! Happier than pegi ice skating iteww. Puhleassse, 'itew'? WTH. Pi masuk tadika balik. Eja itu pon tak reti ke afi woi? Wakaka. Tadi waktu melangut dalam kereta segala macam jawapan soalan exam tetiba dengan sukarelanya mengeluarkan diri dari tempat persembunyian di antara celahan otak saya ini. Isk. Gedik mengada. Kenapa baru sekarang kau keluar? Pegila menyorok lagi!! Arghh. But on the bright side, at least I know that I KNOW what I am suppose to KNOW. So telan jela.  And you see while I was in the car, I signed in YM and guess what, terdapat seorang hamba Allah bernama M5 yang telah mencuba mengadd and menegur saya disitu. *sila maafkan ayat keling ini*. Our conversation went smooth pada permulaannya cos he acted like someone I know and we talked about something interesting which was good because I usually did that to confirm  the person adding me is a real HUMAN before I added him to my YM list.  But then he started to act wei

Kau nak tackle dia?

Stumbled upon this music video while I was surfing. The lyrics had me thinking hard, and deeepp. She wants someone perfect, but who is. Who is? Hm. Cuba untuk berfikir dari sudut yang berbeza. Aku perempuan, jadi sedikit sebanyak cara pemikiran aku akan sama dengan perempuan perempuan lain. Setahu aku, perempuan yang ordinary, please exclude the extraordinary takdelah demanding sangat nakkan lelaki yang semua stok perfect tip top je. Nobody's perfect, kami tahu! Semua orang mesti ada kekurangan dan kelebihan masing masing. That is why Allah cakap isteri pelengkap suami, adam pelengkap hawa. Bila single, no one is perfect tapi bila double, kesempurnaan itu insyaAllah dapat dicapai. Macam pakar motivasi plak rasenye bila bincangkan soal soal macamni hewhew. Berbalik pada isu tadi, sepanjang pemerhatian aku yang tak beberapa tajam ni, aku perasan perempuan ni mesti ada x-factor yang dia harapkan dari seorang lelaki. X-factor tu bertindak macam potion yang menutup sega