Aku perasan latest trend tudung is tudung bawal yang ada banyak tone warna tu. Cantik memang cantik tapi mak ai harganya, isk. Pon cantik jugak. Baik aku beli tudung instant yang kain tebal tu lagi bagus, eh. Tapi tu aku la, aku tak reti sangat nak berbawal bawal ni, lain orang lain cara. Personally aku sangat suka pakai tudung instant yang ada awning tu. Firstly sebab aku takyah spend quite some time hanya kerana nak bentukkan tudung. Aku sarung je dah, done. Dah cantik dah bentuk dia. Secondly sebab takyah iron. Aku ni kan pemalas sesangat. Lagi lagi kalau hari Isnin, monday blues la katakan. Kalau boleh baju pon aku malas nak gosok, percayalah. Tapi untuk nampak kemas dan bertatasusila maka kemalasan harus diketepikan. Tudung tudung instant semua aku hand wash kan sebab takut awning tu rosak, so bila dibasuh tangan tanpa gunakan teknik perahan, tadaaa. Ready untuk dipakai tanpa perlu di iron. Senang kerja ai. Thirdly sebab senang nak sumbat stethoscope kalau pakai tudung tu. Ka...