Entahlah mungkin dah jadi trend sekarang semorang nak kahwin awal. Itu adalah bagus. Daripada diorang berkepit kesana kemari berdua lebih baik diorang yang berkapel kapel tu kawin saja. Ingat senang ke bila dah jadi orang dewasa? *geleng geleng kepala* Semua orang asyik tanya dah jumpa calon ke, calonnya siapa, bila kahwinnya, dan siap bagi nasihat jangan bertunang lama lama. Dan saya, hanya mampu menggeleng sambil tersenyum. Kadang kadang rasa rimas dengan soalan berbaur pasangan hidup tapi biasalah manusia, tak lekang dari rasa ingin tahu. Oleh itu, terdetik di hati saya ingin berkongsi apa yang saya rasa. Saya manusia normal. Manusia yang ada hati dan perasaan. Punya rasa untuk disayangi dan dihargai. Tak perlulah kamu semua tanya soalan soalan yang berbaur itu. Bila tiba masanya, saya sendiri yang akan hadir di muka pintu kalian sambil berkata "silalah datang memeriahkan majlis walimahku". Dan sebelum tiba waktu itu, sila kunci mulutmu dari bertanya soalan soalan berb...